UK Umum Kontrak Hijau Bernilai 10 Bilion Pound Pada Sidang Kemuncak Pelaburan

UK Umum Kontrak Hijau Bernilai 10 Bilion Pound Pada Sidang Kemuncak Pelaburan

PM UK, Boris Johnson dalam satu kenyataan berkata gergasi tenaga boleh diperbaharui Sepanyol, Iberdrola, telah mengumumkan komitmen mereka untuk mela

PM UK, Boris Johnson dalam satu kenyataan berkata gergasi tenaga boleh diperbaharui Sepanyol, Iberdrola, telah mengumumkan komitmen mereka untuk melabur £6 bilion bagi pembangunan angin luar pesisir terbesar di Britain.

Projek itu melibatkan anak syarikat Ibderdrola, Scottish Power yang mana akan membekalkan tenaga kepada 2.7 juta rumah dan mewujudkan 7,000 pekerjaan, jelas Johnson.

Proses kelulusan bagi perancangan projek masih diperlukan dan ianya merupakan salah satu daripada 18 perjanjian usaha sama yang bernilai £9.7 bilion

Selain itu, 18 usaha sama itu juga berpotensi mewujudkan 30,000 lebih pekerjaan dan akan diumumkan secara rasmi pada Sidang Kemuncak Pelaburan Global UK bagi menyokong pertumbuhan teknologi hijau pada hari ini.

Pengerusi Iberdrola, Ignacio Galan mengatakan bahawa pelaburan itu akan menjadi “langkah penting untuk mencapai kapasti angin luar pesisir yang cukup bagi menjana tenaga kepada setiap rumah di uK pada tahun 2030.”

Sebagai ketua negara UK, Johnson melihat pelaburan hijau ini sebagai kunci pelaburan untuk ekonomi negara berkembang selepas krisis pandemik dan Brexit.

“Pelaburan baru luar biasa bernilai £9.7 bilion £ yang telah kami perolehi hari ini akan menguatkan pemulihan ekonomi kami, mewujudkan ribuan pekerjaan dan membantu menaikkan taraf di seluruh negara,” ujarnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: