UK Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Yang Lebih Ketat

UK Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Yang Lebih Ketat

Kerajaan UK mengumumkan perintah kawalan pergerekan besar-besaran di Greater Manchester, East Lancashire dan sebahagian kawasan West Yorkshire. Ji

Kerajaan UK mengumumkan perintah kawalan pergerekan besar-besaran di Greater Manchester, East Lancashire dan sebahagian kawasan West Yorkshire.

Jiran atau saudara mara yang menetap di bangunan yang berbeza dilarang bertemu di dalam rumah yang sama bermula tengah malam waktu UK atau pada jam 8 pagi (Malaysia).

Kawalan pergerakan yang diumumkan semalam adalah lebih besar berbanding sekatan yang pernah dilakukan di Leicester.

BBC melaporkan bahawa Setiausaha Kesihatan Matt Hancock berkata “peningkatan kadar penularan” telah dikenal pasti di kawasan-kawasan tersebut.

“Penyebaran ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pertemuan keluarga dan tidak mematuhi jarak sosial,” ujar beliau.

Berjuta-juta rakyat di Greater Manchester, Blackburn termasuk Darwen, Burnley, Hyndburn, Pendle, Rossendale, Bradford, Calderdale, Kirklees akan terjejas oleh pengetatan sekatan ini.

Wartawan BBC Newsnight Lewis Goodall mengatakan bahawa Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial telah mengesahkan bahawa larangan itu akan berlaku untuk semua tetapan di kawasan tertutup.

Hal ini bermaksud dua isi rumah yang berbeza tidak boleh bertemu di tempat-tempat termasuk pub dan restoran.

“Kami mengambil tindakan ini dengan hati yang berat, namun kami melihat peningkatan kadar Covid di seluruh Eropah dan bertekad untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi menjaga keselamatan orang ramai,” Mr Hancock.

Pada hari Khamis, 38 orang lagi di UK meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian yang berkaitan dengan Covid-19 menjadi 45,999.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: