UK Yakin Rundingan Perdagangan Bersama AS Masih Berada Di Landasan Yang Tepat

UK Yakin Rundingan Perdagangan Bersama AS Masih Berada Di Landasan Yang Tepat

Menteri Perdagangan UK, Lizz Truss pada minggu lalu telah mengkritik pendekatan ekonomi "America first" Presiden Trump. Namun beliau menyebutkan b

Menteri Perdagangan UK, Lizz Truss pada minggu lalu telah mengkritik pendekatan ekonomi “America first” Presiden Trump.

Namun beliau menyebutkan bahawa hampir kesemua bahagian dalam perjanjian kini telah berada di peringkat terakhir dengan beberapa teks undang-udang pada setiap bahagian telah dipersetujui.

Hal ini disahkan oleh kementerian perdagangan Britian selepas tamat rundingan pusingan kelima bersama AS pada hari ini.

Kedua-dua belah pihak yakin bahawa rundingan perdagangan kini sedang menunju ke arah kesepakatan yang menyeluruh, kata kementerian perdagangan Britian.

Rundingan tersebut merupakan antara agenda terpenting buat UK bagi mendapatkan kesepakatan dua hala yang tersendiri selepas meninggalkan Kesatuan Eropah pada Januari 2021.

Secara keseluruhannya, wakil daripada kedua-dua belah negara hanya mengulangi kenyataan mengenai prospek perjanjian, namun perubahan pentadbiran pada pilihan raya AS esok berpotensi menambah ketidaktentuan pada perbincangan ini.

Walau bagaimanapun, tanpa menetapkan sebarang tarikh, kementerian perdagangan UK yakin bahawa mereka masih berada di posisi yang baik untuk terus maju dengan syarat yang telah disepakati selepas pilihan raya tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: