Dollar mengukuh sejak 2 minggu lepas apabila sentimen terhadap matawang AS ini semakin pulih berikutan kenyataan daripada pentadbiran Trump yang menga
Dollar mengukuh sejak 2 minggu lepas apabila sentimen terhadap matawang AS ini semakin pulih berikutan kenyataan daripada pentadbiran Trump yang mengatakan pelan reformasi cukai yang baharu akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.
Walaupun tekanan dan ketegangan geoplitik antara AS dan Korea Utara masih berterusan, namun risk on mood terus memacu USD kukuh berbanding matawang utama seperti EUR, JPY, CAD, AUD dan CHF. Hanya Pound Sterling sahaja yang berjaya mengatasi Dollar pada minggu lepas selepas BOE mengekalkan kadar faedah dan minit mesyuarat BOE dilihat agak optimis dan ‘hawkish’.
Pengukuhan USD turut dibantu oleh terbitan data indeks harga pengguna yang meningkat kepada 1.9% berbanding jangkaan 1.8%. Data jualan runcit yang tidak baik hanya memberi kesan sementara apabila beberapa ketika selepas itu, Dollar kembali membina momentum.
Pada minggu ini, tumpuan pastinya kepada kadar faedah Fed pada Khamis jam 2 pagi dan unjuran ekonomi FOMC waktu yang sama. Yellen pula dijangka akan berucap di dalam sidang akhbar 30 minit selepas itu. Adakah Fed akan menaikkan kadar faedah kali ini ataupun mengumumkan normalisasi dan pengecutan penyata imbangan?
Walaupun inflasi hampir berada tepat di sasaran 2% yang ditetapkan oleh fed, namun kadar pengangguran yang meningkat, data NFP yang meleset dan purata pendaptan yang merosot mungkin akan menjadi penghalang bagi Fed untuk menaikkan kadar faedah kali ini.
Ramai berpendapat Fed bakal mengumumkan pengecutan penyata imbangan mereka seawal September. Banyangan yang sama turut diberikan oleh beberapa ahli Fed bulan lalu dan Yellen juga tidak mengetepikan kemungkinan yang sama.
Jika tiada kenaikan kadar faedah atau pengumuman pengecutan penyata imbangan, USD berpotensi untuk kembali lemah seterusnya mengakhiri pembetulan pergerakan harga ketika ini. Jika pengumuman pengecutan penyata imbangan dibuat sekurang-kurangnya, mampu membantu Dollar terus kukuh. Perhatikan juga konteks unjuran ekonomi Fed, sebarang ‘hint’ ke arah pengembangan ekonomi AS atau kenaikan kadar faedah turut memberi keyakinan terhadap belian Dollar.
COMMENTS