Ulasan Hari Sibuk “Super Thursday” Pound Sterling

Ulasan Hari Sibuk “Super Thursday” Pound Sterling

Selesai sudah hari mendebarkan bagi Pound Sterling. Bermula dengan data berkala PMI Perkhidmatan jam 5.30 petang waktu Malaysia, dan diikuti dengan EU

Selesai sudah hari mendebarkan bagi Pound Sterling. Bermula dengan data berkala PMI Perkhidmatan jam 5.30 petang waktu Malaysia, dan diikuti dengan EU Membership Court Ruling setengah jam berikutnya. Pada jam 8.00 malam pula Bank of England, BOE mengeluarkan laporan inflasi bersama hasil undian ahli Monetary Policy Comitee, MPC berkenaan undian kadar faedah bersama kadar faedah asas BOE, dan Ringkasan Polisi Kewangan BOE. Pada jam 8.30 pula Gabenor BOE, Mark Carney telah membuat sidang media bagi menjawab persoalan wartawan berfokuskan pandangan hadapan ekonomi UK.

 

Berikut merupakan ringkasan sidang media oleh BOE Carney:-

  • MPC bersedia bertoleransi kadar inflasi yang lebih tinggi bagi menyasarkan kadar pekerjaan yang lebih tingi
  • Polisi kewangan semasa adalah memadai dengan kadar pertumbuhan ekonomi UK kini
  • Nilai Pound Sterling yang susut bukanlah disebabkan oleh polisi ekonomi UK, sebaliknya disebabkan sentimen kebimbangan Brexit yang teruk
  • Terlalu awal bagi BOE membuat pertimbangan apa jenis Brexit yang UK akan hadapi
  • Keputusan Mahkamah Tinggi UK berkenaan Artikel 50 adalah contoh ketidaktentuan Brexit

 

BOE telah membuat keputusan untuk mengguna pakai polisi sedia dengan membiarkan kadar asas faedah pada paras 0.25%. Ahli MPC telah sebulat suara mengekalkan kadar asas faedah. MPC juga mengundi bersetuju meneruskan 60 bilion Pound program belian bon kerajaan UK dengan 25 bilion Pound diambil daripada terbitan rizab BOE.

 

Aktiviti dan sentimen perniagaan telah pulih daripada paras minimum, lalu prospek jangka pendek adalah lebih kuat sejak referendum Brexit 23 Jun lalu. Kadar inflasi dijangkakan pada paras 2.72% berbanding 2.0% pada unjuran Ogos lalu. Secara amnya pertumbuhan ekonomi UK pada jangka pendek adalah kukuh, namun pada jangka sederhana adalah lebih lemah dan keseluruhannya masih boleh dikatakan lemah. Menurut BOE lagi, kesan nilai Pound yang lemah adalah dijangkakan cuma sementara.

 

Carney juga telah menegaskan bahawa kadar faedah boleh dinaikkan atau dipotong lagi. Semuanya bergantung kepada laporan berkala makroekonomi daripada UK. BOE juga tidak menjangkakan satu lagi potongan kadar faedah dari BOE jika momentum pengukuhan ekonomi berterusan.

 

Pound telah mengukuh berbanding majoriti mata wang utama dunia sepanjang hari ini. GBPUSD mula diniagakan pada harga 1.23014 dan mencatat paras tertinggi 3 minggu 1.24935. Manakala Pound berbanding Yen pula diniagakan kini pada ketika ulasan ini pada harga 128.125 berbanding harga terendah harian 126.477

 

Secara peribadi, saya lebih cenderung untuk melakukan belian dalam dagangan bagi Pound Sterling pada mana-mana harga terendah mengikut paras teknikal berdasarkan data berkala makroekonomi daripada UK yang dilihat masih kuat berhadapan dengan sentimen kebimbangan Brexit.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: