Ulasan Pasca Laporan Minit Mesyuarat FOMC, Dollar Dalam Risiko

Ulasan Pasca Laporan Minit Mesyuarat FOMC, Dollar Dalam Risiko

Awal pagi tadi, laporan minit mesyuarat FOMC diterbitkan selepas laporan data ekonomi sebelumnya pada malam semalam menyaksikan data bercampur-campur

Awal pagi tadi, laporan minit mesyuarat FOMC diterbitkan selepas laporan data ekonomi sebelumnya pada malam semalam menyaksikan data bercampur-campur masih mempengaruhi sokongan terhadap Dollar dengan data Tukaran Pekerjaan ADP membantu kenaikan Dollar lewat malam semalam.

Namun selepas FOMC diterbitkan Dollar tergelincir berbanding matawang utama dunia yang lain selepas pasaran mula menghadam butiran minit mesyuarat. Perincian penuh minit mesyuarat FOMC ini boleh anda dapati dan rujuk melalui pautan berikut : fomcminutes20170315

Berikut adalah ulasan ringkas kandungan minit mesyuarat FOMC bertarikh 14-15 Mac 2017.

  • Keadaan pasaran buruh dan sektor pekerjaan menguat, menyaksikan peluang pekerjaan meningkat secara solid.
  • Perbelanjaan isi rumah turut meningkat secara sederhana, justeru mendorong inflasi menghampiri sasaran 2%.
  • Aktiviti ekonomi berkembang dalam kadar yang sederhana

Atas sebab faktor di atas, Fed menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas kepada 0.75% pada Mac yang lalu. Namun, terdapat seorang ahli FOMC, Kashkari Neel yang tidak mengundi kepada kenaikan kadar faedah apabila beliau merasakan perlunya untuk melihat kepada pengukuhan sektor pekerjaan dan keyakinan yang menyeluruh inflasi mampu stabil di paras 2% sebelum menaikkan kadar faedah.

Antara butiran yang menarik dalam minit mesyuarat ini juga adalah :

  • Hampir keseluruhan FOMC merasakan sektor pekerjaan telah mencapai had maksimum pengambilan pekerja
  • Harga ekuiti melambung secara mendadak sejak beberapa bulan yang lalu
  • Perlunya kepada normalisasi penyata imbangan

3 perkara di atas antara pemacu kepada kajatuhan Dollar pada ketika ini, dan mungkin sahaja bakal menambah resah pasaran yang masih memerhati secara dekat ketidaktentuan polisi fiskal kerajaan, transformasi cukai, polisi kesihatan dan keseimbangan perdagangan antarabangsa. Data ekonomi pada hari ini dan esok adalah sangat penting bagi permulaan sukuan ke-2 tahun ini, sebelum FOMC bermesyuarat semula pada 2-3 Mei 2017 nanti.

Apa yang harus diberi perhatian juga adalah hasil daripada pertemuan Xi-Trump yang dijadualkan pada hari ini sebelum hari yang dinanti-nanti iaitu NFP esok sekitar jam 8.30 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: