Dolar Amerika bermula agak baik hari ini dengan kegusaran kes Deutsche Bank mula reda dan pasaran mula beralih arah kepada data pekerjaan Amerika Syar
Dolar Amerika bermula agak baik hari ini dengan kegusaran kes Deutsche Bank mula reda dan pasaran mula beralih arah kepada data pekerjaan Amerika Syarikat yang akan diterbitkan Jumaat ini. Pound Sterling pula bermula lemah hari ini pada paras terendah 7 minggu.
Pasangan mata wang GBPUSD mula diniagakan pada harga 1.29111 berbanding harga penutupan Jumaat lalu 1.29776. Rata-rata pasangan matawang Pound dibuka untuk diniagakan dengan “gap” purata 50-100 pips. Ini mungkin disebabkan penyataan PM UK, Theressa May yang memberitahu Kabinetnya telah menetapkan bahawa paling lewat beliau akan mengaktifkan Artikel 50 pada suku pertama tahun 2017.
Menurutnya Theressa May lagi, UK mempunyai masa sehingga 2 tahun bagi membincangkan terma bagi UK keluar EU secara kekal. Ini merupakan kenyataan rasmi yang pertama dari PM UK itu yang menggambarkan masa secara khusus bagi Brexit.
Kegusaran dalam kes Deutsche Bank pula mula reda sedikit dalam pasaran berikutan usaha Bank Terbesar Jerman itu berunding bagi mengecilkan jumlah denda yang dikenakan US Deparment of Justice kepadanya. Ulasan Sifu Firdaus Ali berkenaan kes ini boleh didapati di https://www.ctc.fm/deutsche-bank-krisis-perbankan-eropah-dan-euro/ .
Petang ini jam 430 waktu Malaysia, Data berkala berimpak tinggi dari UK, PMI Pembuatan akan dikeluarkan. Sebarang data yang lebih buruk dari jangkaan berkemungkinan besar akan melemahkan lagi Pound Sterling. Sebelah malam pula jam 830 waktu Malaysia, Data PMI ISM Pembuatan dari Negara Uncle Sam pula akan diterbitkan.
COMMENTS