Minggu lalu selepas Federal Reserve Open Market Committee FOMC membuat keputusan menaikkan kadar faedah 25 mata asas kepada 0.75%, Swiss National Bank
Minggu lalu selepas Federal Reserve Open Market Committee FOMC membuat keputusan menaikkan kadar faedah 25 mata asas kepada 0.75%, Swiss National Bank SNB dan Bank of England BOE telah menerbitkan penyata polisi kewangan masing-masing yang terkini. Minggu ini giliran Reserve Bank of Australia RBA dan Bank of Japan BOE pula membentangkan penyata polisi kewangannya. RBA akan menerbitkan Monetary Policy Meeting Minutes pada hari ini 20/12/2016 jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Manakala BOJ juga akan membuat perkara sama pada hari yang sama, cuma waktu sahaja belum ditetapkan.
Pasaran mengunjurkan BOJ masih mengekalkan kadar asas faedah pada -0.10% berserta bon 10-tahun kerajaan Jepun yang kukuh. Sejak kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden yang lalu, Yen terus melemah dan ini dilihat sebagai satu kelebihan kepada ekonomi Jepun yang sangat bergantung harap kepada Eksport.
Kekuatan Greenback dipacu oleh cadangan Trump untuk membelanjakan Dolar yang besar bagi menyokong pembangunan infrastruktur dalaman US yang dijangkakan dapat menaikkan kadar inflasi dengan lebih cepat. Trump juga bercadang memotong cukai koperat supaya syarikat-syarikat US melabur di dalam US sendiri berbanding di luar negara.
Nilai yen yang lemah juga telah dapat membantu harga saham-saham Jepun melonjak pada paras tertinggi sejak setahun lalu minggu lepas. Walaupun BOJ dijangkakan masih mengekalkan kadar asas faedah yang sama, namun para pelabur sedang menantikan apakah sentimen yang akan dibawakan BOJ sama ada Hawkish atau Dovish.
Untuk pengetahuan umum, BOJ masih lagi dalam program melaksanakan Quantitative Easing QE disamping mengguna pakai polisi kadar faedah negatif. Secara makroekonomi Yen kekal Bearish dalam jangka masa panjang. BOJ menginginkan nilai Yen yang lemah kerana nilai Yen yang tinggi akan membuatkan pengimport produk Jepun terbeban dengan kadar tukaran wang asing bagi pembelian produk Jepun.
Adakah BOJ sudah memulakan langkah-langkah Tapering? Atau BOJ menambah pakej QE? Atau BOJ masih mengekalkan tanpa apa-apa perubahan polisi lalu? Sama-sama kita nantikan…
“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”
Wallahualam
COMMENTS