Assalamualaikum, Ulasan kali agak sedikit ringkas kerana telah banyak yang kita bicarakan tentang perkembangan ekonomi Amerika di dalam posting yan
Assalamualaikum,
Ulasan kali agak sedikit ringkas kerana telah banyak yang kita bicarakan tentang perkembangan ekonomi Amerika di dalam posting yang sebelum ini.
Apa yang positif bagi data-data terbitan bulan Disember 2016 untuk ekonomi Amerika? Antaranya adalah peningkatan nilai KDNK, penjualan rumah dan sektor pengeluaran. Indeks sentimen pengguna juga merekodkan peningkatan yang sangat ketara di sepanjang bulan Disember.
Namun, pada bulan Disember juga kita melihat bagaimana kekuatan Dollar telah memberi tekanan kepada imbangan perdagangan Amerika. Indeks harga pengguna juga merekodkan peningkatan, justeru mengakibatkan jualan runcit juga berkurangan. Disamping itu, tuntutan awal pengangguran juga tidak begitu baik sepanjang bulan Disember.
Semalam, data tukaran pekerjaan ADP mengalami kejatuhan yang teruk, berbanding jangkaan. Ini memberi sedikit banyangan yang data NFP pada malam ni mungkin akan sedikit meleset dari jangkaan atau mungkin juga seperti jangkaan. Namun, data tuntutan awal pengangguran semalam bertambah sedikit baik.
Greenback, semalam terus melemah apabila didagangkan lebih rendah berbanding semua matawang utama dunia. Pada sesi dagangan Asia, Dollar kembali sedikit pulih dan itu dijangka akan berterusan sehingga pembukaan sesi Eropah nanti.
Walaupun secara dasarnya Dollar masih lagi dipengaruhi sentimen bullish namun mungkin juga jika NFP pada malam ini dibawah jangkaan, Dollar akan terus tenggelam. Pelabur ketika ini masih menilai laporan minit mesyuarat FOMC awal pagi semalam sebagai tidak meyakinkan.
Data NFP akan diterbitkan pada malam ini sekitar jam 9.30 malam. Saya secara peribadi walaupun melihat akan adanya sedikit kelebihan pada Dollar namun saya memilih untuk tidak berada di dalam pasaran dan sekadar melihat apa reaksi pada malam ini.
COMMENTS