Ulasan Pra NFP : Kolektif Data Berkala Sangat Positif

Ulasan Pra NFP : Kolektif Data Berkala Sangat Positif

Assalamualaikum, Sepanjang bulan November 2016, siri terbitan data US Dollar 'menghijau' dengan beberapa data penting menunjukkan peningkatan yang

Assalamualaikum,

Sepanjang bulan November 2016, siri terbitan data US Dollar ‘menghijau’ dengan beberapa data penting menunjukkan peningkatan yang ketara dan memberangsangkan. Data NFP untuk bulan Oktober yang diterbitkan pada bulan November yang lalu adalah sebanyak 161,000 dan pada hari ini jangkaan data positif NFP sekitar 172,000 – 175,000 pertambahan pekerjaan. Kadar pengangguran berada pada paras meyakinkan iaitu 4.9%.

‘initial jobless claim’ data yang diterbitkan semalam tidak begitu baik (268,000), malah lebih teruk berbanding sehari sebelum laporan NFP pada bulan lalu (265,000). Namun data ‘ADP employment change’ memberikan angka yang kuat untuk menyokong data positif NFP pada malam nanti. Okay, jom kita lihat secara kolektif, data-data bagi USD yang telah diterbitkan pada bulan November yang lalu.

Keyakinan dan sentimen pelabur berada di paras meyakinkan selepas kemenangan Trump sebagai Presiden Amerika. Apa yang paling menarik perhatian adalah data ‘consumer confidence’ yang melonjak tinggi ke paras 107.1, paras tertinggi sejak tahun 2007!!! Sentimen pengguna juga menokok ke paras 93.8 paras terbaik dalam masa 5 bulan. Data KDNK, jualan runcit, penjualan rumah sedia ada dan permit bangunan menambahkan lagi senarai data-data positif untuk Dollar pada bulan November.

Dalam artikel saya semalam  https://www.ctc.fm/china-merancang-kebangkitan-ekonomi-lebih-besar/  ada menyentuh tentang bagaimana China sedang giat melakukan pembelian dan pelaburan luar negara. Amerika juga tidak terkecuali sebagai salah satu destinasi ‘beli belah’ China, dan sedar akan risiko itu, Obama baru -baru ini telah pun menghalang sekali lagi perjanjian pembelian daripada China.

China antara salah satu kebimbangan Amerika tentang ekonomi mereka selain daripada beberapa penganalisa berpendapat, polisi trump dan sebarang penambahan stimulus hanyalah untuk kesan sementara.

Dollar diniagakan lemah pada sesi pasaran Asia, menjelang laporan NFP pada malam nanti jam 9.30 malam. Melihat pada data-data ini secara kolektif, ianya adalah ‘bullish’ untuk Dollar, namun ketika ini tampak seperti ia sedang melakukan ‘correction’ pada harga.

“pastikan anda berdagang dengan akal yang waras, nilaikan risikonya dahulu sebelum memasang angan pada untungnya”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: