Ulasan PRA NFP yang Ditunggu-tunggu?

Ulasan PRA NFP yang Ditunggu-tunggu?

Minggu ini merupakan minggu yang agak baik untuk Pound Sterling. Kedua-dua data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada UK begitu menyebelahinya. Min

Minggu ini merupakan minggu yang agak baik untuk Pound Sterling. Kedua-dua data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada UK begitu menyebelahinya. Minggu ini, Pound bermula pada paras 1.31094 berbanding Dolar Amerika dan telah mencapai harga tertinggi 1.33166 semalam. Semakin hari semakin reda kebimbangan bahawa nilai Pound akan jatuh teruk selepas Brexit.

 

Hari ini, malam ini jam 830 malam waktu Malaysia, data berkala bulanan pertambahan pekerjaan bukan pertanian atau NFP akan dikeluarkan oleh Bereau of Labour Statistics. Data berkala ini seperti biasa amat ditunggu-tunggu seluruh dunia khususnya pedagang matawang.

 

Menurut pengerusi The Feds, Janet Yellen sebarang kenaikan kadar faedah dari US perlu mengambil kira data pekerjaan. Jadi data NFP malam ini akan diambil perhatian dalam mesyuarat FOMC September ini.

 

Sepanjang hari ini, setakat ulasan ini ditulis kekuatan Dolar Amerika dilihat agak stabil dan harga bergerak dalam julat yang ketat. Bagi kebanyakan pasangan mata wang dolar, USDXXX dan XXXUSD, secara purata hanya bergerak 10 hingga 50 pips sahaja

 

Jangkaan pakar data pekerjaan bukan pertanian US atau NFP adalah pada angka 180K pertambahan pekerjaan berbanding data lalu sebanyak 255K. Kadar pengangguran lalu pada 4.9% manakala jangkaan pakar 4.8% iaitu pengurangan orang menganggur. Pakar juga menjangkakan purata pendapatan per jam juga bertambah baik 0.2% berbanding bulan lalu  0.3%

 

Jika dilihat secara kolektif data-data berkala berimpak tinggi (kecuali Inventori minyak mentah) dari negara US sejak NFP awal bulan Ogos lalu, 5 data menunjukkan data yang lebih baik dari jangkaan, 6 data lebih buruk dari jangkaan, dan 6 data menghampiri jangkaan pakar. Terdapat bayangan Dolar akan sedikit melemah dari himpunan data berimpak tinggi ini sahaja

 

Data berimpak sederhana pula menunjukkan 10 data yang lebih baik, 5 data yang lebih buruk dari jangkaan, dan 4 data menghampiri jangkaan pakar. Jadi, jika dilihat secara data kolektif data berimpak tinggi ditambahkan dengan data berimpak sederhana, terdapat tanda-tanda yang data pada malam ini adalah bercampur-campur atau “mixed data”. Perlu diingatkan ini hanyalah unjuran menggunakan data secara kolektif data berkala berimpak tinggi bersama sederhana.

 

Nasihat saya, berdaganglah dengan bijak dan percayakan analisis sendiri. Kadang-kala “No Position Is A Good Position”.

 

Penafian: Ini hanyalah pendapat penulis. Ianya tidak menggambarkan pendapat umum dan tidak akan menggambarkan data sebenar nanti. Semua harga mata wang diambil di XM mt4

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: