Ulasan PRA NFP yang Ditunggu-tunggu

Ulasan PRA NFP yang Ditunggu-tunggu

Dengan keputusan Bank England, BOE yang menurunkan kadar faedah kepada rekod terendah 0.25% sudah diketahui semalam, para pedagang kini beralih kepada

Dengan keputusan Bank England, BOE yang menurunkan kadar faedah kepada rekod terendah 0.25% sudah diketahui semalam, para pedagang kini beralih kepada laporan pekerjaan Negara Uncle Sam pula hari ini.

 

Sepanjang hari ini, setakat ulasan ini ditulis kekuatan Dolar Amerika dilihat agak stabil dan harga bergerak dalam julat yang ketat. Bagi kebanyakan pasangan mata wang dolar, USDXXX dan XXXUSD, secara purata hanya bergerak 10 hingga 50 pips sahaja

 

Jangkaan pakar data pekerjaan bukan pertanian US atau NFP adalah pada angka 180K pertambahan pekerjaan berbanding data lalu sebanyak 287K. Kadar pengangguran lalu pada 4.9% manakala jangkaan pakar 4.8% iaitu pengurangan orang menganggur. Pakar juga menjangkakan purata pendapatan per jam juga bertambah baik 0.2% berbanding bulan lalu cuma 0.1%

 

Jika dilihat secara kolektif data-data berimpak tinggi dari negara Uncle Sam sejak NFP bulan Julai lalu, 7 data menunjukkan data yang lebih baik dari jangkaan, 7 data lebih buruk dari jangkaan, dan 5 data sama dengan jangkaan pakar. Sukar bagi kita menjangkakan kekuatan Dolar Amerika menggunakan data berimpak tinggi secara kolektif.

 

Secara total, data berimpak sederhana pula menunjukkan 9 data yang lebih baik, 5 data yang lebih buruk dari jangkaan, dan 4 data menghampiri jangkaan pakar. Jadi, jika dilihat secara data kolektif data berimpak tinggi ditambahkan dengan data berimpak sederhana, terdapat tanda-tanda yang USD akan menguat. Perlu diingatkan ini hanyalah tanda-tanda berdasarkan data secara kolektif.

 

Walaupun data KDNK sukuan kedua Amerika Syarikat dilihat mengecewakan, trend menaik data-data berimpak tinggi jika berterusan akan menambah keyakinan bagi satu lagi kenaikan kadar faedah oleh The Feds sebelum akhir tahun ini.

 

Nasihat kami, berdaganglah dengan bijak. Kadang-kala “No Position Is A Good Position”.

 

Penafian: Ini hanyalah pendapat penulis. Ianya tidak menggambarkan pendapat umum dan tidak akan menggambarkan data sebenar nanti.