Ulasan Pra Penyata Inflasi BOJ 21/09

Ulasan Pra Penyata Inflasi BOJ 21/09

Buat peminat Yen sudah tentunya menantikan setiap kali Penyata Kadar Faedah dari Bank of Japan, BOJ. Setiap tahun BOJ akan membentangkan sebanyak 8 ka

Buat peminat Yen sudah tentunya menantikan setiap kali Penyata Kadar Faedah dari Bank of Japan, BOJ. Setiap tahun BOJ akan membentangkan sebanyak 8 kali Penyata Kadar Faedahnya. Terkini adalah pada 21/09 iaitu hari ini.

 

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam Penyata Kadar Faedah kali ini. Kita sebagai pedagang mata wang perlu mengambil perhatian setiap kali penyata ini dikeluarkan bagi mendapatkan gambaran hala tuju Yen sehingga penyata seterusnya dikeluarkan pada 31 Oktober.

 

“Easing Policy” yang diamalkan BOJ sekarang masih lagi belum menampakkan hasilnya berikutan unjuran kadar inflasi 2% BOJ masih lagi belum dicapai. Dalam polisi sekarang BOJ menetapkan kadar faedah -0.1% dan menjalankan program pembelian aset sebanyak 80 Trilion Yen.

 

Pakar-pakar kewangan sudah mula membuat ramalan masing-masing, namun secara amnya kita perlu mengambil perhatian perkara-perkara berikut:-

1) Menambah pembelian aset. Risiko pada BOJ adalah mungkin akan berlaku adalah BOJ akan kekurangan Bond Kerajaan yang boleh dibeli dan BOJ perlu beralih arah ke hartanah yang lebih berisiko.

2) Memotong kadar faedah kepada lebih negatif. Bank-bank komersial Jepun tidak menggemari langkah ini.

3) Melebarkan sasaran tahunan pembelian aset. Langkah ini dilihat menambah kefleksibelan BOJ.

4) Mengurangkan pembelian bond jangka panjang. Langkah ini akan meningkatkan keuntungan bank-bank komersial.

5) Menetapkan sasaran masa maksimum kadar faedah negatif. Langkah ini membolehkan bank-bank komersial Jepun membuat rangka jangka panjang masing-masing

 

Secara dasarnya jika BOJ tidak menambahkan rangsangan kewangan (potongan kadar faedah dan menambah pembelian aset), terdapat kemungkinan para pelabur membuat tanggapan BOJ sudah kekurangan pilihan bagi merangsang ekonomi Negara Matahari Terbit itu. Ini akan menyebabkan Yen semakin mengukuh berbanding kebanyakan mata wang dunia.

 

Jika anda tidak pasti bagaimana untuk memasuki pasaran, saya menasihati agar tunggulah harga bergerak secara teknikal dahulu dan masuklah pasaran selepas kesan laporan inflasi itu reda kerana penyata ini dapat memberikan gambaran ke mana harga akan pergi nanti. Kadang kala “No Position is a Position”. Wallahualam…

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: