Ulasan Sidang Media ECB: Hala Tuju?

Ulasan Sidang Media ECB: Hala Tuju?

Setelah testimoni Gabenor BOE, Carney berserta  beberapa ahli MPC telah membentangkan laporan inflasi dan menjawab persoalan berkaitan pandangan hadap

Setelah testimoni Gabenor BOE, Carney berserta  beberapa ahli MPC telah membentangkan laporan inflasi dan menjawab persoalan berkaitan pandangan hadapan ekonomi UK di hadapan Parliment’s Tresury Comittee, giliran Bank Pusat Eropah pula membentangkan penyata polisi kewangannya. Pandangan saya berkenaan Pound Sterling boleh dirujuk di sini https://www.ctc.fm/sudut-pandang-jangka-pendek-pound-sterling-kukuh/

 

Semalam jam 8.30 malam waktu Malaysia, giliran Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi pula memberikan sidang media selepas membacakan penyata polisi kewangan Bank Pusat Eropah, ECB di hadapan umum. Sidang media berjadual ECB ini akan diadakan 8 kali dalam setahun.

 

Berikut merupakan beberapa inti pati penting daripada sedia media ECB oleh Draghi:-
1) Blok Ekonomi Eropah berdaya saing tetapi risiko ekonomi masih mengarah ke kelembapan
2) ECB senantiasa memantau langkah-langkah rangsangan kewangan yang sedang berjalan
3) Unjuran pertumbuhan ekonomi diunjurkan sedikit lebih rendah daripada jangkaan sebelum ini, namun masih belum cukup syarat bagi ECB sekali lagi memotong kadar faedah
4) Draghi mengakui bahawa ECB tidak lagi boleh membeli 80 bilion Euro bond-bond sebulan, lalu ECB sedang mengkaji pilihan implementasi lancar program pembelian aset
5) Tanpa rangsangan ekonomi daripada ECB, blok ekonomi eropah akan mengalami kejutan ekonomi

 

Secara keseluruhan, nada Draghi dalam jawapan-jawapan yang dikemukakan kepadanya lebih menjurus kepada pendirian ECB sekarang masih dalam mood tunggu dan lihat. Semasa sidang media ECB berlangsung mata wang euro mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia. Namun dengan mood tunggu dan lihat ECB menyebabkan mata wang euro menjunam semula.

 

Ketika Draghi membacakan penyata polisi kewangan ECB, pasangan mata wang EURUSD mengukuh ke paras tertinggi harian 1.13264 lalu menjunam semula ke harga 1.12400 setelah pasaran menghadam nada berhati-hati mood tunggu dan lihat ECB. EURGBP pula melonjak ke harga 0.84946 sebelum turun semula ke paras 0.84528 ketika artikel ini ditulis.

 

Pandangan peribadi saya, sehingga sidang media ECB seterusnya, Euro dilihat akan melemah kerana nada berhati-hati Draghi dan pendirian tunggu dan lihat ECB buat masa ini. Cadangan saya lakukanlah jualan dalam dagangan pasangan mata wang EURUSD dan EURGBP pada mana-mana harga tertinggi mengikut analisa teknikal masing-masing. EURUSD sesuai dibuat jualan dalam dagangan atas faktor US cuma satu-satunya negara yang dalam proses menaikkan kadar faedah dan Pound pula dilihat mengukuh daripada data-data berkala berimpak tinggi sejak tiga minggu lalu. Wallahualam….

 

Mohd Fahmi Amdan

 

Penafian: Ini hanyalah pendapat penulis. Ianya tidak menggambarkan pendapat umum dan tidak akan menggambarkan harga di masa akan datang. Semua harga mata wang diambil di XM mt4

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: