Trump sebentar tadi berucap di hadapan kongres selama sejam, memulakan ucapan beliau dengan menyenaraikan beberapa perkara yang telah dilakukan dan di
Trump sebentar tadi berucap di hadapan kongres selama sejam, memulakan ucapan beliau dengan menyenaraikan beberapa perkara yang telah dilakukan dan dicapai dalam tempoh sebulan lebih sebagai presiden Amerika yang baharu.
Ucapan beliau dilihat sangat berinspirasi dan optimis, sambil kerap kali menekankan kepentingan warga Amerika yang pada masa sama menyebut segala apa yang dilakukan haruslah “by American & hire American”.
Mungkin hampir separuh masa ucapan beliau dihabiskan sebagai sesi “praise & recognition”, namun beberapa perkara antara yang menarik dan penting berikut sempat dipetik daripada ucapan beliau sebentar tadi :
- Memperbaharui keyakinan lebih banyak pekerjaan akan dibawa ke AS
- Pembaharuan sistem cukai dan perlepas cukai kelas pertengahan
- Sistem dan polisi imigresen yang baharu
- Menggantikan Obama Care untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik dan kos insuran yang lebih rendah termasuk insuran kanak-kanak
- Cuti bergaji bagi yang baru menjadi ibu-bapa
- Memansuhkan beberapa kontrak di sektor pentadbiran pertahanan, menjimatkan berbillion dollar akui beliau
- Menaikkan bajet untuk golongan veteran
- Menekankan kepentingan polisi perdagangan yang kuat serta adil
Selain daripada itu, kebanyakan perkara dalam ucapan beliau hanyalah skrip ulangan.
Kebanyakan pelabur menantikan jika Trump akan memperincikan butiran lanjut reformasi cukainya namun jelas itu tidak berlaku tadi, walaupun beliau ada menyatakan potongan yang besar akan dilakukan nanti. Dalam satu komen seorang penganalisa ekonomi, mengatakan, beberapa data ekonomi yang diulas oleh Trump semasa ucapan beliau adalah salah!
Selain itu, apa yang menarik dalam ucapan beliau kali ini, pelarasan cukai sempadan tidak langsung disebut walaupun isu tembok sempadan di selatan Amerika adalah antara isi ucapan beliau. Trump seawal ucapan belian juga mengatakan bahawa Amerika akan menjadi negara yang mudah dan menarik untuk melabur, dan pada masa yang sama sukar untuk “ditinggalkan”.
Secara peribadi dan seperti ulasan di dalam artikel yang sebelum ini, tanpa perincian dan butiran lanjut tentang reformasi cukai, Dollar mungkin akan masih berada dalam tekanan jualan.
COMMENTS