Esok, 30 Nov 2016, menteri-menteri negara OPEC akan bersidang bagi membincangkan keputusan bagi pemotongan pengeluaran minyak. Semalam, delegasi pegaw
Esok, 30 Nov 2016, menteri-menteri negara OPEC akan bersidang bagi membincangkan keputusan bagi pemotongan pengeluaran minyak. Semalam, delegasi pegawai-pegawai OPEC gagal untuk mencapai kata sepakat yang jelas tentang keputusan pemotongan pengeluaran, membiarkan keputusan dibuat oleh menteri.
Rundingan yang bakal mencuri tumpuan pastinya di antara Arab Saudi dan Iran yang sebelum ini berkeras untuk dikecualikan daripada pemotongan pengeluaran. Russia pula memperbaharui pendirian mereka untuk menghadkan pengeluaran pada tahap yang sekarang dan bukannya memotong pengeluaran mereka.
Pemotongan pengeluaran minyak dijangkakan bakal mengurangkan sebanyak 1 juta tong minyak sehari di pasaran dunia. Jika kata sepakat berjaya dicapai, harga pasaran minyak dijangkan akan melonjak sehingga ke paras 70 dollar setong. Namun jika sebaliknya, harga pasaran akan merudum sehingga ke paras di bawah 30 dollar setong.
Harga minyak yang lebih tinggi membuka kemungkinan yang lebih tinggi kepada ‘rate hike’ pada bulan Disember nanti. Harga minyak yang rendah telah mengheret kepada ketidakstabilan ekonomi malah membawa ke arah diflasi. Dua sebab ini mengapa FED masih lagi bertangguh untuk menaikkan kadar faedah sejak Mac.
Harga pasaran ketika ini adalah disekitar 46.70 dollar setong setelah menokok semalam ke paras 47.60, harga dijangka akan didagangkan tidak menentu menjelang persidangan OPEC.
COMMENTS