Ulasan Yen PRA BOJ yang Dinantikan Para Pelabur

Ulasan Yen PRA BOJ yang Dinantikan Para Pelabur

Minggu ini, setiap hari, para pelabur dihidangkan dengan turun naik harian Yen yang ketara di kala Yen banyak dipacu spekulasi. Kenyataan Gabenor BOJ

Minggu ini, setiap hari, para pelabur dihidangkan dengan turun naik harian Yen yang ketara di kala Yen banyak dipacu spekulasi. Kenyataan Gabenor BOJ dan PM Jepun dilihat tidak selari dalam pakej rangsangan bagi memacu ekonomi Jepun. Ini menambah ketidaktentuan permintaan dan penawaran Yen sepanjang minggu.

 

Sejak Abe, PM Jepun menambah majoriti dalam Upper House, beliau telah berikrar akan melakukan apa sahaja cara yang mungkin bagi memulihkan ekonomi Jepun. Abe lebih selesa dengan nilai Yen yang lebih rendah bagi memberi kelebihan untuk sektor eksport Jepun. Manakala Kuroda, Gabenor Bank Jepun lebih kepada cara tunggu dan lihat.

 

Pada hari rabu, Abe telah membayangkan saiz rangsangan fiskal mungkin sebesar 28 Trilion Yen. Abe juga telah menafikan bahawa Jepun akan menawarkan Bond 50 tahun seperti yang dispekulasikan dalam The Wall Street Journal. Menurut bancian Bloomberg, 80% penganalisis bersetuju BOJ akan menambahkan program rangsangan fiskal Jepun.

 

Dalam satu aspek, jika Jepun melonggarkan polisinya bulan ini, tidak terdapat jaminan bahawa Yen akan melemah seperti kehendak Abe berikutan Yen merupakan Aset Safe Heaven selain Emas dan Bond-bond. Pemintaan Yen akan memuncak di kala krisis dan ketidaktentuan pasaran. Diambil contoh, minggu lalu ketika cubaan rampasan kuasa di Turki, pembelian Yen terus meningkat tetapi mula stabil apabila rampasan kuasa dapat dipatahkan.

 

Permintaan Yen juga bergantung sedikit sebanyak kepada sentimen tarik tali The Feds yang akan sekurang-kurangnya menaikkan kadar faedah sekali lagi tahun ini. Data-data ekonomi dari Negara Incle Sam menunjukkan ekonomi US berkembang secara sederhana. Minggu hadapan data NFP akan dikeluarkan di US.

 

Kesimpulannya, dagangan hari Jumaat 29/07 adalah sangat volatile. Para pedagang haruslah berhati-hati dalam membuat keputusan. Pasaran bukan hanya bergantung pada hasil mesyuarat, bahkan Sidang Media oleh Kuroda juga amat mempengaruhi pasaran.

 

Selamat berdagang dengan berhati-hati. Berdaganglah dengan cermat. Janganlah tamak haloba.

 

Penafian: Ini hanyalah pendapat penulis. Ianya tidak melambangkan pendirian dan tafsiran umum.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: