Urus Risiko Dagangan Anda, Hati-Hati Dengan Volatiliti Pasaran Minggu Ini

Urus Risiko Dagangan Anda, Hati-Hati Dengan Volatiliti Pasaran Minggu Ini

Minggu ini akan menjadi minggu yang sibuk buat pasaran pertukaran matawang asing. Julat perdagangan dijangka melebar dan volatiliti dijangka meningkat

Minggu ini akan menjadi minggu yang sibuk buat pasaran pertukaran matawang asing. Julat perdagangan dijangka melebar dan volatiliti dijangka meningkat.

Pada sesi NY yang lalu, para pelabur dilihat telah menghabiskan hampir keseluruhan masa meraka untuk membeli dollar.

Greenback pada awalnya naik 1.1815 berbanding euro sejurus pasaran ekuiti AS dibuka pada hari Isnin yang lalu.

Namun kedudukan tersebut tidak bertahan apabila EUR/USD kembali berundur dan tutup di paras 1.1746.

Reversal turut perlaku kepada pound dengan GBP/USD jatuh 50 pips daripada paras tertinggi daripada 1.3166 kepada 1.3116

Manakala USD/JPY dan USD/CHF pula keluar daripada paras tertendah dan tutup pada harga harian yang lebih tinggi.

Kesemua pergerakan ini bukanlah disebabkan oleh data AS berikutan bacaan indeks sektor pembuatan Fed Dallas jatuh lebih rendah daripada ramalan.

Akan tetapi, prospek rate hike Fed yang dijangka akan diumumkan esok telah membantu memulihkan dollar.

Keputusan dan kenyataan Fed kali ini akan memberi impak yang lebih lama ke atas kesemua matawang utama dunia.

Pada masa yang sama, disebabkan saham AS telah mencapai rekod tertinggi pada suku tahun ini, imbangan portfolio adalah sesuatu yang negatif kepada dollar.

Menurut penganalisis daripada BK Asset Management, sebahagian transaksi di atas telah berlaku sejak awal bulan September namun perkara ini tidak menghalang kemungkinan akan berlakunya pelarasan tambahan pada minggu ini.

Seperti yang dapat kita lihat semalam, pergerakan pasaran sangat sensitif dengan komen yang dikeluarkan oleh bank pusat.

Oleh itu, masih terdapat banyak tajuk-tajuk yang berisiko akan diterbitkan pada minggu ini terutamanya apabila hampir kesemua ketua-ketua bank pusat utama seperti Poloz, Carney, Draghi dan Powell dijadualkan berucap bermula hari Khamis dan Jumaat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: