USD Akan Kekal Bullish Sepanjang Minggu Pertama Q2 2018?

USD Akan Kekal Bullish Sepanjang Minggu Pertama Q2 2018?

USD berjaya mengurangkan sebahagian kerugian yang dialami sebelum tamat suku tahun pertama tahun 2018 pada minggu lalu. Antara faktor yang menyelam

USD berjaya mengurangkan sebahagian kerugian yang dialami sebelum tamat suku tahun pertama tahun 2018 pada minggu lalu.

Antara faktor yang menyelamatkan dollar dan memulihkan sentimen adalah fundemental yang menunjukkan ekonomi AS terus berkembang dengan pesat.

Bacaan akhir pertumbuhan GDP AS bagi suku tahun keempat 2017 yang dikeluarkan pada minggu lepas meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan ke paras 2.9%.

Selain itu, data perbelanjaan peribadi teras (Core PCE) yang menjadi rujukan utama inflasi oleh Fed melaporkan bacaan yang menepati ramalan penganalisis, meningkat kepada 1.6% dalam unjuran tahun ke tahun.

Ketegangan akibat konflik perdagangan antara dua kuasa besar AS dan China dilihat semakin reda, sekaligus mengurangkan kebimbangan pasaran terhadap isu perang perdangangan yang telah menekan pasaran saham sejak kebelakangan ini.

Kesemua perkara di atas telah memberi kesempatan kepada USD untuk kembali mengukuh sebelum tamat 3 bulan pertama tahun 2018.

Pada minggu pertama suku tahun kedua (Q2) 2018, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini berada di paras 89.67, merekodkan peningkatan 0.88% pada minggu yang lalu.

Fokus pelabur beralih kepada bacaan indeks PMI ISM yang akan dikeluarkan pada jam 10 malam dan data ini penting untuk diteliti kerana menjadi panduan utama kepada data NFP yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: