USD Akan Terus Mara Pada Minggu Ini Tanpa Sekatan?

USD Akan Terus Mara Pada Minggu Ini Tanpa Sekatan?

Dalam tempoh dua hari dagangan minggu lalu, saham Dow Jones telah jatuh lebih 1,300 mata dan S&P 500 susut melebihi 5%. Kadar penurunan kedua-d

Dalam tempoh dua hari dagangan minggu lalu, saham Dow Jones telah jatuh lebih 1,300 mata dan S&P 500 susut melebihi 5%.

Kadar penurunan kedua-dua saham ini hampir menyerupai kejatuhan pada bulan Februari lalu yang mana hanya bersifat sementara dan berjaya pulih pada masa yang singkat.

Oleh itu, dengan pemulihan kecil saham pada hari Jumaat yang lalu, persoalan yang timbul apakah pelabur akan bertindak cepat untuk kembali semula ke dalam pasaran atau sebaliknya.

Walau bagaimanpun, penurunan saham ekuiti tidak mengubah hala tuju pergerakan matawang berikutan pengucupan ekonomi AS turut akan memberi kesan yang buruk kepada negara-negara yang lain.

Jika sell-off saham berpunca daripada prospek kenaikan kadar faedah, peningkatan hasil bon pula menjadi faktor mengekang pelabur daripada melepaskan dollar.

Keseimbangan ini menyebabkan fokus beralih kepada pendekatan bank pusat dimana Federal Reserve masih kekal sebagai bank pusat paling agresif sehingga tahun hadapan, menunjukkan kelemahan pada ekonomi AS kekal minimum.

Menurut Fed, tekanan harga masih tinggi walaupun inflasi dan keyakinan pengguna mengecewakan pasaran pada minggu lalu.

Pada minggu ini, data jualan runcit dan minit FOMC akan menjadi pemandu utama kepada dollar bagi menguji garisan-garisan halangan yang penting.

Jika perbelanjaan pengguna kukuh, dollar akan terus meningkat dengan sokongan optimis pelabur terhadap prestasi ekonomi AS. Selain itu, minit mesyuarat FOMC juga dijangka hawkish.

Secara teknikal, bullish indeks USD akan terus menguasai jika bacaan kekal berada di atas garisan support  93.70 mata, paras terendah bulan September.

Sementara itu, sekiranya permintaan yen meningkat, dua garisan support utama 111.80 dan 111.25 dilihat dapat menghadkan kejatuhan USD/JPY.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: