USD Bertahan, Sentimen Melemah Selepas Perbincangan Mengenai Ransangan Di Tangguhkan

USD Bertahan, Sentimen Melemah Selepas Perbincangan Mengenai Ransangan Di Tangguhkan

Dolar AS dalam keadaan bertahan selepas Presiden Donald Trump secara tiba-tiba membatalkan rundingan mengenai ransangan ekonomi yang baru bersama ahl

Dolar AS dalam keadaan bertahan selepas Presiden Donald Trump secara tiba-tiba membatalkan rundingan mengenai ransangan ekonomi yang baru bersama ahli Demoktrat, sekali gus mengukuhkan permintaan aset-aset safe haven.

Sehingga jam 11.30 pagi, Indeks USD yang mengukur kekuatan berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.19% kepada 93.86 mata.

Saham-saham ekuiti Asia seperti Nikkei Jepun, Hang Seng Hong Kong pula menyusut mengikuti kejatuhan saham Wall Street semalam.

Trump mengejutkan pasaran selepas mengumumkan menerusi akaun Twitternya bahawa beliau akan menangguhkan perbincangan tetang isu penambahan ransangan baru sehingga selepas pilihan raya.

Pengumuman tersebut dikeluarkan selepas Pengerusi Fed Jerome Powell memperingatkan perlunya lebih banyak sokongan fiskal untuk memastikan pemulihan ekonomi bergerak lancar.

“Reaksi ketika ini adalah berbentuk dagangan risk-off untuk membeli dolar dan yen berbanding mata wang lain,” kata Masafumi Yamamoto, ketua strategi mata wang di Mizuho Securities.

“Tanpa rangsangan tambahan, ekonomi AS akan bergerak perlahan dan ekonomi global juga akan perlahan.”, tambah beliau.

Fokus pelabur kini tertumpu kepada laporan minit mesyuarat Fed dan komen sebahagian ahli FOMC pada hari ini untuk mencari tanda-tanda lebih lanjut tentang pandangan bank pusat terhadap outlook mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: