USD Berundur 3 Hari Berturut-turut, Jangkaan Fed Akan Menghentikan Kitaran Rate Hike Semakin Meningkat

USD Berundur 3 Hari Berturut-turut, Jangkaan Fed Akan Menghentikan Kitaran Rate Hike Semakin Meningkat

Dollar jatuh tiga hari berturut-turut berbanding matawang utama yang lain pada hari Isnin didorong oleh keraguan terhadap pendekatan yang akan diambil

Dollar jatuh tiga hari berturut-turut berbanding matawang utama yang lain pada hari Isnin didorong oleh keraguan terhadap pendekatan yang akan diambil oleh Fed sama ada akan mula menghentikan kitaran rate hike mereka pada mesyuarat dasar akan datang.

Walaupun dengan data pekerjaan bulan Disember yang lebih kukuh, pasaran yakin bahawa negara pemilik ekonomi terbesar dunia kini semakin kehilangan momentum apabila ulasan Jerome Powell pada minggu lalu meningkatkan lagi jangkaan bahawa Fed mungkin akan mengenahkan outlook yang lebih dovish.

Pada hari Jumaat lalu, Powell di dalam mesyuarat tahunan bersama Persatuan Ahli Ekonomi Amerika berkata bank pusat tidak akan meletakkan landasan yang tetap ke atas rate hike dan dilihat lebih berisiko untuk jatuh berdasarkan price-in semasa pasaran.

Menjelang laporan indeks PMI Perkhidmatan hasil tinjauan ISM pada jam 11 malam, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut -0.43% kepada 95.76 mata.

Prestasi dollar pada tahun 2018 telah mengatasi kesemua matawang yang lain kerana Fed merupakan satu-satunya bank pusat utama yang masih meneruskan peningkatan kadar faedah.

Jika rate hike dihentikan pada tahun 2019, penganalisis melihat potensi untuk greenback memulih adalah kecil.

Selain itu, sentimen pasaran kewangan juga akan dipandu oleh hasil rundingan perdagangan AS-China yang sedang berlangsung di Beijing selama dua hari bermula pada hari Isnin.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: