USD/CAD: Dinamik Pergerakan Dollar Terus Memandu Pasaran Menjelang Keputusan BoC

USD/CAD: Dinamik Pergerakan Dollar Terus Memandu Pasaran Menjelang Keputusan BoC

Pasangan matawang USD/CAD mula bertindak keluar daripada zon terendah 1.3080 pada pertengahan sesi dangan Eropah. Pemulihan telah naik menguji para

Pasangan matawang USD/CAD mula bertindak keluar daripada zon terendah 1.3080 pada pertengahan sesi dangan Eropah.

Pemulihan telah naik menguji paras 1.3160 dan kini didagang sekitar 1.3096  setakat jam 6.05 petang.

Pemulihan pasangan matawang ini tetap akan diteliti sama ada dapat kekal dalam keadaan pasaran yang masih risk-off.

Keinginan risiko pasaran terus ditekan oleh ketidaktentuan belanjawan Itali, rundingan Brexit dan hubungan AS-Saudi, sekali gus melonjakkan aliran masuk yen (JPY) sebagai matawang safe haven.

Risk-off mood turut melemahkan dollar dengan indeks USD masih jatuh 0.14% daripada paras tertinggi dua minggu ke paras 95.88 berbanding enam matawang lain pada hari Selasa.

Namun begitu, penurunan 3 peratus lira Turki berbanding greenback telah memberi sedikit sokongan kepada dollar untuk pulih pada sesi dagangan Eropah.

Tambahan pula, menjelang rate hike yang akan diumumkan oleh Bank Pusat Kanada (BoC) esok, kebimbangan pelabur terhadap dasar kewangan BoC di masa hadapan menyebabkan loonie (CAD) dilepaskan.

Dinamik pergerakan dollar dan sentimen pasaran akan terus menjadi pemandu kepada pergerakan USD/CAD sebelum pasaran Wall Street dibuka.

Secara teknikal, momentum menaik USD/CAD telah menguji paras 1.3060. Jika harga berjaya kekal di atas paras teresebut,  pasangan matawang ini berpotensi untuk naik ke paras 1.3115 dan kemudian ke paras 1.3185

Akan tetapi, peningkatan akan terhenti jika harga jatuh melepasi paras 1.2965 dan bearish berpotensi untuk terus turun sehingga paras 1.2855

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: