USD/CAD Jatuh Lebih 100 Pips, Apa Kata Poloz?

USD/CAD Jatuh Lebih 100 Pips, Apa Kata Poloz?

Pasangan matawang USD/CAD ditekan pada akhir dagangan sesi AS hari Khamis selepas Gabenor Bank Pusat Kanada (BOC), Stephen S. Poloz mengeluarkan komen

Pasangan matawang USD/CAD ditekan pada akhir dagangan sesi AS hari Khamis selepas Gabenor Bank Pusat Kanada (BOC), Stephen S. Poloz mengeluarkan komen hawkish dalam pandangan beliau terhadap unjuran dasar kewangan bank pusat. USD/CAD jatuh mendadak lebih 100 pips daripada 1.2860 kepada 1.2780 selepas kenyataan tersebut dikeluarkan.

USD/CAD kini stabil sekitar 1.2776, susut 0.11% pada jam 2.15 petang hari Jumaat.

Dalam ucapan Poloz di hadapan Kelab Kanada Toronto, beliau mengatakan bahawa ekonomi Kanada telah berkembang maju sejak tahun lepas dan hampmir mencapai potensi maksimum. “Walaupun dasar kewangan semasa masih memberi sedikit ransangan, namun hal ini (dasar monetari) akan semakin diketatkan dari semasa ke semasa”, jelas Poloz.

Pasaran menganggap komen Poloz tersebut akan memberi kesan kepada kadar faedah bank pusat tahun depan dimana BOB berkemungkinan BOC akan membuat kejutan rate hike dalam pertemuan berikutnya.

Selain itu, harga minyak mentah WTI yang semakin pulih turut menyokong pembelian CAD berikutan matawang ini sensitif dengan pergerakan harga komoditi terutamanya minyak WTI. Selepas jatuh ke paras $56 setong, harga WTI kini naik semula melebihi $57.

Tambahan pula, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain juga telah jatuh mendadak hari Rabu lalu. Namun data makro AS yang dikeluarkan semalam menyelmatkan USD  daripada terus dihuman.

Momentum bullish kini dilihat masih lagi gagal membawa USD untuk berada di atas 94.0. DYX kini berada di paras 93.55, susut 0.10%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: