USD/CAD Kekalkan Momentum Bullish 5 Hari Berturut-turut

USD/CAD Kekalkan Momentum Bullish 5 Hari Berturut-turut

Selepas tutup di paras 1.33 pada hari Isnin yang lalu, USD/CAD meneruskan peningkatan ke paras tertnggi yang baru, didagang sekitar 1.3340, naik 0.29

Selepas tutup di paras 1.33 pada hari Isnin yang lalu, USD/CAD meneruskan peningkatan ke paras tertnggi yang baru, didagang sekitar 1.3340, naik 0.29% setakat jam 11 malam.

Data GDP Kanada yang mengecewakan pada hari Jumaat lepas dilihat terus memberi kesan kepada kejatuhan loonie.

Selain itu, pasara minyak pula kembali ditekan pada hari Selasa dengan harga WTI kembali didagang di bawah paras $57, sekali gus memberi kesan terhadap permintaan matawang komoditi seperti CAD.

Kebimbangan terhadap perkembangan politik di Kanada apabila terdapat ahli kabinet lain yang telah meletakkan jawatannya atas dakwaan menentang PM Justin Trudeau.

Isu politik di atas turut dilihat sebagai salah satu punca yang menyebabkan para pelabur mengelak daripada memilih loonie pada ketika ini.

Di tamabah dengan data PMI ISM Perkhidmatan AS yang lebih baik daripada jangkaan, kedudukan dollar terus mengukuh pada hari Selasa dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback kekal positif untuk lima hari berturut-turut, berada sekitar paras 96.74 mata.

Secara teknikal momentum menaik mampu menolak USD/CAD menguji paras resistance 1.3375 sebelum mara ke paras 1.3400

Zon support pula berada di paras 1.3300 (S1), 1.3270 (S2) dan 1.3230 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: