USD/CAD Meroket, Dollar Tewaskan Kesemua Matawang Komoditi Pada Hari Jumaat

USD/CAD Meroket, Dollar Tewaskan Kesemua Matawang Komoditi Pada Hari Jumaat

Bukan sahaja aussie (AUD) dan kiwi (NZD) mencatat prestasi terburuk pada hari Jumaat, loonie (CAD) turut merekod pergerakan yang sama, ditekan oleh se

Bukan sahaja aussie (AUD) dan kiwi (NZD) mencatat prestasi terburuk pada hari Jumaat, loonie (CAD) turut merekod pergerakan yang sama, ditekan oleh sentimen risiko yang semakin lemah serta kejatuhan harga minyak yang berterusan.

Harga minyak WTI terus didagang rendah pada hari ini, susut 0.7% ke paras $68.88 sementara Brent pula didagang pada paras $76.07, jatuh 0.83% setakat jam 6.15 petang.

Selain itu, kelemahan sentimen pelabur untuk membeli aset berisiko turut menghalang pengukuhan loonie yang sebelum ini bangkit dengan dorongan hawkish Poloz menerusi kenyataan dasar dan sidang media BoC hari Rabu yang lalu.

USD/CAD kini melonjak hampir 80 pips, didagang pada paras 1.3148, semakin jauh daripada paras terendah 1.2970 yang dicatat pada hari Rabu.

Fundamental masih menyokong loonie untuk terus bullish, namun disebabkan kejatuhan harga minyak berterusan, perkara ini dilihat telah menghalang pembeli-pembeli loonie sejak beberapa bulan yang lalu.

Secara teknikal, bias USD/CAD untuk jangka masa terdekat masih bullish dengan harga berada di atas garisan 100 MA dan sedang menguji zon resistance 1.3150.

Jika harga tersebut berjaya ditembusi, sasaran seterusnya adalah ke paras tertinggi bulan Ogos, 1.3180

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: