USD/CAD: Potensi Penurunan Yang Agresif Jika Halangan ‘Rate Hike’ Dimansuhkan

USD/CAD: Potensi Penurunan Yang Agresif Jika Halangan ‘Rate Hike’ Dimansuhkan

Maklumat terbaru sektor pekerjaan Kanada menunjukkan mereka telah kehilangan 51,600 pekerjaan dan kadar pengangguran naik 6.0% pada bulan Ogos. Nam

Maklumat terbaru sektor pekerjaan Kanada menunjukkan mereka telah kehilangan 51,600 pekerjaan dan kadar pengangguran naik 6.0% pada bulan Ogos.

Namun berdasarkan butiran lanjut, wilayah terbesar di Kanada, Ontario melaporkan penurunan pekerja sambilan paling tinggi dalam tempoh hampir satu dekad, sementara jumlah pekerjaan tetap turut meningkat pada bulan yang lalu.

Oleh itu, Kanada dilihat masih bebas daripada risiko berlakunya ‘overheating‘ di dalam ekonomi.

Keadaan ini sekali gus dilihat dapat menyokong keputusan Bank Pusat Kanada (BoC) untuk mempercepatkan peningkatan kadar faedah pada tahun ini.

Menurut Timbalan Gabenor Wilkins, pada pertemuan yang lalu, bank pusat telah berbahas untuk menurunkan pendekatan rate hike “secara beransur-ansur” dalam kenyataan dasar mereka.

Tambahan pula, beliau turut menyebut ekonomi hampir mencapai kapasati penuh untuk tempoh setahun yang mana kebiasaanya keadaan ini akan menjadi faktor kepada peningkatan kadar faedah.

Kesemua perkara di atas menunjukkan bank pusat begitu hawkish dan terbuka dengan idea untuk menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun ini.

Namun begitu, mereka tidak berani mengulas lebih lanjut berikutan terikat dengan hasil rundingan perdagangan bersama AS yang masih berlangsung.

Jika perjanjian berjaya dicapai sebelum mesyuarat dasar bulan Oktober hadapan, laluan rate hike BoC akan terbentang luas tanpa sebarang sekatan atau halangan.

Sekiranya hal ini berlaku, USD/CAD bukan sahaja akan jatuh dengan agresif, namun akan mula membentuk downtrend yang baru dan berpotensi menekan pasangan matawang ini ke paras 1.29

Akan tetapi, jika tiada perjanjian dicapai, bullish USD/CAD akan terus menguasai sehingga keputusan kadar faedah diumumkan bulan hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: