USD/CAD Selesa Di Bawah 1.4000, Dipandu Oleh Kelemahan USD Yang Konsisten

USD/CAD Selesa Di Bawah 1.4000, Dipandu Oleh Kelemahan USD Yang Konsisten

Dolar Kanada pada minggu lalu tidak menunjukkan sebarang reaksi yang agresif daripada perjanjian bersejarah OPEC+ untuk memotong pengeluaran minyak m

Dolar Kanada pada minggu lalu tidak menunjukkan sebarang reaksi yang agresif daripada perjanjian bersejarah OPEC+ untuk memotong pengeluaran minyak mereka sebanyak 10 juta tong sehari.

Hal ini kerana walaupun perang harga antara Arab Saudi dan Rusia telah tamat, namun tahap kerjasama yang akan diberikan oleh G20 untuk bersama-sama OPEC+ menghadkan pengeluaran masih dipertikaikan.

Mexico tidak bersetuju dengan jumlah pemotongan yang dicadangkan oleh OPEC+, namun dilapor akan menurunkannya dengan jumlah yang lebih kecil.

Walau bagaimanapun, persetujuan negara G20 untuk memotong pengeluaran mereka sebanyak 3.7 juta bdp sekurang-kurangnya memberi harapan dan nafas baru kepada para pelabur minyak.

Harga minyak yang kembali bullish pada hari Isnin akhirnya mendorong USD/CAD untuk jatuh ke paras terendah bulanan, didagang di bawah harga 1.4000 dan mengekalkan momentum yang sama pada hari Selasa.

Sebahagian penganalisis mempersoalkan pergerakan tersebut dan melihat pengaruh kelemahan dolar yang kuat berikutan jumlah pemotongan minyak dilihat belum mampu menutup penurunan permintaan minyak yang dijangka mencapai sehingga 20 juta tong sehari (bdp).

Tambahan pula bagi CAD atau loonie, antara isu utama yang perlu diteliti keputusan BoC pada minggu ini selepas sejuta pekerjaan hilang di Kanada setelah aktiviti pembuatan mengucup secara mendadak sejak penularan wabak bermula.

Masih terdapat ruang kecil untuk BoC melonggarkan dasar, oleh itu bank pusat dijangka mengekalkan bias dovish mereka dengan mengisyaratkan keperluan diturunkan kadar dan peningkatan program pembelian bon.

Sebagaimana yang diumumkan pada mesyuarat tergempar dua minggu lalu, BoC telah memotong kadar faedah sehingga 0.25% dan mengumumkan pembelian $5 billion bon kerajaan buat pertama kali untuk membantu sistem kewangan dan ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: