USD/CAD Wave Count Update

USD/CAD Wave Count Update

Pasangan matawang ini berada didalam fasa terakhir untuk melengkapkan seluruh struktur WYX Corrective Wave dari puncak Mac 2020 (1.4667) dan kini har

Pasangan matawang ini berada didalam fasa terakhir untuk melengkapkan seluruh struktur WYX Corrective Wave dari puncak Mac 2020 (1.4667) dan kini harga sedang didalam gelombang ((v)) of (5).

Turun dari puncak gelombang (4), harga dicadangkan untuk selesai melakukan gelombang ((i)) of (5) pada 1.3490, gelombang ((ii)) pula lengkap pada puncak 1.3645, gelombang ((iii) berakhir pada 1.3330) dan gelombang ((iv)) pada 1.3458 dengan struktur dalaman terbentuk sebagai Flat Correction ABC.

Ketika ini harga sedang didalam perjalanan untuk melengkapkan gelombang ((v)) dan struktur dalaman sudah membuat gelombang (i) dan (ii) of ((v)). Sasaran adalah pada fibonacci extension dari puncak Mac 2020 iaitu pada 1.3140 untuk struktur ini berakhir sebagai gelombang ((2)) dari paras harga rendah Januari 2020.

Jangka masa panjang, akan dapat dilihat harga untuk menembus dan membuat tahap harga tertinggi yang baru diatas puncak Mac 2020.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: