USD Cenderung Mengukuh Menjelang Mesyuarat ECB Minggu Ini – TDS

USD Cenderung Mengukuh Menjelang Mesyuarat ECB Minggu Ini – TDS

Dolar AS menutup dagangan minggu lalu dengan nilai yang lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain dengan indeks berada sekitar 92.97 mata dan

Dolar AS menutup dagangan minggu lalu dengan nilai yang lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain dengan indeks berada sekitar 92.97 mata dan dijangka terus mengukuh dengan sokongan laporan pekerjaan AS yang positif.

Secara keseluruhan, angka pakerjaan AS bagi bulan Ogos adalah bercampur, mencatat penambahan 1.37 juta pekerjaan dengan kadar pengangguran menyusut dari 10.2% kepada 8.4%.

Walau bagaimanapun, hampir 300 ribu daripadanya adalah jawatan sementara kerajaan yang akan diberhentikan pada akhir September.

Mengulas tentang data pekerjaan AS, penganalisis dari TD Securities menyebutkan, “Kami berpendapat data gaji bulan Ogos lebih menunjukkan momentum terkini, yang mana kelihatan positif”.

Permintaan greenback meningkat dengan dorongan penyusutan kadar pengangguran yang besar, dan TD Securities menyatakan bahawa mereka lebih cenderung kepada nada USD yang lebih kukuh menjelang mesyuarat ECB minggu ini.

Hal ini disokong dengan ulasan Pengerusi Fed Powell pada hari Jumaat yang menyebutkan kadar pertumbuhan pekerjaan meningkat lebih tinggi dari jangkaan.

Namun begitu beliau tetap mengulangi peringatan tentang kemungkinan ekonomi akan mengambil masa bertahun-tahun untuk kembali pulih sepenuhnya, mengisyaratkan kadar pengangguran akan kekal rendah untuk tempoh yang lama.

Kenyataan Powel juga disokong oleh Presiden Fed Boston, Eric Rosengred yang menyatakan AS masih dalam “kemelesetan yang ketara walaupun terdapat pemulihan data pekerjaan”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: