USD/CHF ABC Correction Update

USD/CHF ABC Correction Update

Pandangan Elliott Wave menunjukkan rally USDCHF dari paras harga rendah 9 Mac terbentuk sebagai struktur 5 gelombang impulse. Dari paras harga rendah

Pandangan Elliott Wave menunjukkan rally USDCHF dari paras harga rendah 9 Mac terbentuk sebagai struktur 5 gelombang impulse. Dari paras harga rendah 9 Mac, gelombang ((1)) berakhir pada 0.9888, dan pengunduran gelombang ((2)) lengkap pada paras harga rendah 30 Mac (0.9500). Dalaman gelombang ((2)) terbentang sebagai struktur Flat Correction. Gelombang (A) berakhir pada 0.974, gelombang (B) berakhir pada 0.9900, dan gelombang (C) daripada ((2)) berakhir pada 0.9500.

Pasangan matawang ini masih perlu menembusi paras harga tinggi 23 Mac (0.9900) untuk mengelakkan pembetulan pasaran kali kedua dalam gelombang ((2)). Gelombang ((3)) sedang berjalan sebagai 5 gelombang lain dimana gelombang (1) daripada ((3)) berakhir pada 0.9797 pada puncak harga 6 April. Struktur dalaman gelombang (1) juga dibentangkan sebagai 5 gelombang impulse. Dari 0.9497, gelombang 1 dari (1) berakhir pada 0.9685, dan pengunduran gelombang 2 dari (1) berakhir pada 0.9593. Pasangan ini mendaki semula kepada tahap lebih tinggi dalam gelombang 3 dari (1) ke arah 0.9796, dan pengunduran gelombang 4 dari (1) berakhir pada 0.9740. Akhirnya, gelombang 5 dari (1) berakhir pada 0.9797.

Gelombang (2) pengunduran kini sedang sedang berlaku sebagai struktur zigzag di mana gelombang ((A)) berakhir pada 0.9684, gelombang ((B)) berakhir pada 0.9742. Selagi harga kekal dibawah 0.9797, pasangan matawang ini dilihat untuk melengkapkan gelombang ((C)) of (2) untuk membetulkan kitaran dari paras harga rendah 28 Mac dalam 3, 7, atau 11 hayunan sebelum pendakian semula.

Satu kawasan kotak biru telah dikenal pasti dimana pengunduran pasaran ABC Corrective Wave ini akan berakhir sekitar 0.9630 – 0.9561.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: