USD ‘Crash’ Menjelang Mesyuarat FOMC Minggu Ini?

USD ‘Crash’ Menjelang Mesyuarat FOMC Minggu Ini?

Indeks Pembuatan Empire State jatuh ke paras terendah 22 bulan pada bulan Mac sementara pengeluaran industri AS meningkat lebih rendah daripada jangk

Indeks Pembuatan Empire State jatuh ke paras terendah 22 bulan pada bulan Mac sementara pengeluaran industri AS meningkat lebih rendah daripada jangkaan.

Indeks sentimen pengguna hasil tinjauan Universiti Michigan juga naik lebih rendah daripada yang dijangkakan, sekali gus menyebabkan penuruan hasil bon dan pengunduran dollar, dengan indeks USD susut -0.84% kepada 96.49 mata sepanjang minggu lepas.

Menjelang mesyuarat dasar Fed pada minggu ini, tiada perubahan dijangkakan, akan tetapi sidang media selepas keputusan dasar serta komen daripada Pengerusi Fed Jerome Powell mungkin akan memberi impak yang negatif kepada greenback.

Walaupun ekonomi secara keseluruhan masih menunjukkan kemajuan yang lebih baik sejak pertemuan yang lalu, namun Fed mengatakan bahawa mereka tidak dalam keadaan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah.

Keyakinan Fed mungkin dapat dikembalikan menerusi pemulihan sektor perumahan, pemulihan aktiviti perkhidmatan dan pembuatan dan juga pertumbuhan pendapatan yang memuaskan.

Namun begitu kelemahan inflasi dan defisit perdagangan AS ke paras yang tertinggi telah membuka ruang pilihan kepada Fed untuk menangguhkan kitaran pengetatan dasar mereka sehingga pengukuhan ekonomi semakin mantap.

Pada mesyuarat dasar yang lalu, dollar jatuh apabila Fed mengeluarkan isyarat penambahan kadar faedah dalam kenyataan mereka.

Oleh itu, ahli ekonomi tidak menjangkakan akan berlakunya ‘crash’ dollar pada pertemuan minggu ini, namun Powell dijangka mengulangi skrip ‘bersabar’ beliau terhadap kadar faedah, yang mana berpotensi memicu ‘take profit’ terhadap posisi pembelian (long) dollar.

Dollar secara keseluruhan masih di dalam trend menaik sepanjang suku tahun pertama 2019.

Antara punca yang menyebabkan dollar positif sepanjang suku tahun pertama adalah tidaktentuan yang menimpa matawang utama yang lain seperti isu Brexit, isu politik di Eropah dan konflik perdagangan China yang menekan pertumbuhan dan permintaan global.

Namun begitu, kebanyakkan isu di atas kini hampir menemui jalan keluar dan prospek tersebut telah memulihkan semula sentimen dan meningkatkan aliran masuk pelaburan ke dalam matawang dan aset yang lebih berisiko, sekali gus mengurangkan permintaan dollar walaupun ekonominya lebih baik.

Walau bagaimanapun, bagi dagangan jangka masa panjang, permintaan greenback dijangka stabil dan kukuh berikutan Fed merupakan satu-satunya bank pusat yang menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: