USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 03/09-07/09/2018

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 03/09-07/09/2018

Ulasan Minggu Lalu DXY ditutup hampir tidak berubah minggu lepas. Bermula Isnin hingga Rabu, Dolar AS berterusan dijual. Khamis dan Jumaat menyaksi

Ulasan Minggu Lalu

DXY ditutup hampir tidak berubah minggu lepas. Bermula Isnin hingga Rabu, Dolar AS berterusan dijual. Khamis dan Jumaat menyaksikan mood belian dolar kembali baik apabila Trump mula mencetuskan kebimbangan Trade War dengan Eurozone. OHLC W1 dicatatkan sebagai 95.03, 95.23, 94.34, 05.03.

 

Sentimen Pasaran Ringkas Minggu Hadapan

Minggu depan merupakan minggu NFP daripada Washington. Namun sebelum itu terdapat 3 data makroekonomi berimpak tinggi yang menarik akan diterbitkan iaitu ISM Manufacuring PMI, ADP Non-Farm Employment Change, dan ISM Non-Manufacturing PMI. ADP Non-Farm Employment boleh dikatakan boleh membayangi apakah keputusan Jumaat NFP nanti. Sebarang impak positif daripadanya mungkin boleh diteruskan kepada Jumaat nanti.

 

Risiko Pasaran

Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita Trade War yang mungkin akan dicetuskan Trump. Isu serangan ekonomi AS terhadap Turki juga boleh mengaktifkan mode Risk-Off buat sementara jika ianya masih timbul.

 

Teknikal Ringkas

Semakan indikator Stochastics di W1 ada menunjukkan pembentukan Divergent. CSR Evening Star yang telah wujud 2 minggu lalu masih lagi membayangkan Dolar AS boleh terus melemah lagi minggu hadapan dengan syarat tiada New High 2018 terbaru terbentuk

 

Indikator Stoachastics di D1 kini masih belum keluar sepenuhnya dalam posisi Oversold. Ini memungkinkan DXY melakukan pembetulan pasaran ke aras lebih tinggi dahulu sebelum menyambung untuk melemah. SBR terhampir di 95.65 dan 96.85. Jika DXY terus turun ke paras lebih rendah mungkin cenderung singgah di RBS 94.95, 93.90 dan 93.20. Bagi penjual DXY, anda dinasihati mengawal risiko anda dengan baik kerana secara keseluruhan DXY masih lagi berada dalam Ascending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah. Namun sebarang kenaikan mungkin akan terhad dalam Channel tersebut.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: