USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 08/01-12/01/2018

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 08/01-12/01/2018

Ulasan Minggu Lalu DXY aka USD Indeks ditutup Bearish pada minggu pertama dagangan 2018. Paras penutupan DXY ini adalah di bawah paras FR100 bagi s

Ulasan Minggu Lalu

DXY aka USD Indeks ditutup Bearish pada minggu pertama dagangan 2018. Paras penutupan DXY ini adalah di bawah paras FR100 bagi sesi Impulsive Bullish Wave bermula 05/01/2016 hingga 01/01/2017. OHLC W1 minggu lepas tercatat sebagai 91.88, 92.00, 91.69, 91.69. Pergerakan DXY sepanjang minggu lalu agak terhad mungkin kerana kecairan dalam pasaran belum kembali seperti biasa selepas cuti panjang Krismas & Tahun Baru 2018.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 08/01-12/01/2018

Terbitan data berkala daripada AS minggu depan agak terhad dengan PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Core Retail Sales m/m dan Retail Sales m/m  yang masing-masing akan diterbitkan pada hari Khamis dan Jumaat. Semua data berimpak tinggi ini merupakan data bacaan yang dapat menggambarkan inflasi semasa di AS. Sebarang sentimen positif dijangka dapat melegakan tekanan jualan Dolar AS.

 

Risiko Pasaran

Isu nuklear antara AS dan Korea Utara dengan mudah boleh menidakkan sebarang sentimen positif yang dibawa data berkala yang positif daripada AS. Hanya 1 berita terkini boleh membawa sentimen Risk-Off dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas 08/01-12/01/2018

Secara teknikal, bagi sesi Bullish Impulsive Wave bermula 05/01/2016 sehingga 01/01/2017, harga penutupan minggu lalu telah ditutup di atas bawah 100% Fibonacchi Retracement dengan RBS terhampir adalah di 90.33 dan 88.64 manakala SBR terdekat pula di 93.24 dan 94.43. Secara amnya selagi DXY belum melengkapkan Harmonic Pattern Alt Bat seperti digambarkan dalam rajah, DXY masih berkemungkinan turun lagi bagi melengkapkan perjalanan Alt Bat. Umumnya USD Indeks sudah melengkapkan A leg, B leg (38.2% FR), dan C leg (14.0% FR) bagi pembentukan Harmonic Pattern Alt Bat yang mungkin tamat di D leg di 113% Fibonacchi Retracement  di TF Weekly. Paras 113% FR juga boleh dijadikan rujukan kerana kawasan harga ini adalah kawasan Rebound yang kuat kerana lengkapnya Harmonic Pattern Alt Bat.

 

Mengikut analisa BBMA bagi DXY di D1, jelas masih menunjukkan DXY dalam kedudukan Downtrend.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: