USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 10/09-14/09/2018

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 10/09-14/09/2018

Ulasan Minggu Lalu DXY ditutup sedikit kukuh minggu lalu. Pengukuhan ini banyak dibantu oleh data NDP bulan Ogos yang baik secara keseluruhannya. P

Ulasan Minggu Lalu

DXY ditutup sedikit kukuh minggu lalu. Pengukuhan ini banyak dibantu oleh data NDP bulan Ogos yang baik secara keseluruhannya. Pengukuhan paling banyak adalah pada hari Jumaat iaitu hari terbitnya data NFP daripada AS.OHLC W1 adalah 95.13, 95.68, 94.83, 95.35.

 

Sentimen Pasaran Ringkas Minggu Hadapan

Sangat meriah dengan data berkala makroekonomi daripada AS minggu depan. Bermula Selasa hingga Jumaat terdapat 21 semua kategori data akan diterbitkan. Fokus kepada data berimpak tinggi, data yang akan diterbitkan adalah berkenaan Inflasi. PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Jika sentimen yang dibawa keseluruhan data ini adalah positif, Dolar AS sangat berpeluang untuk menyambung pengukuhan minggu lepas.

 

Risiko Pasaran

Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita sensasi yang boleh membuatkan sentimen Risk-Off masuk seketika dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas

Semakan indikator Stochastics di W1 ada menunjukkan pembentukan Divergent masih lagi kekal kukuh dengan syarat tiada lagi New High dibuat.

 Indikator Stoachastics di D1 kini masih sudah keluar sepenuhnya dalam posisi Oversold dan kini mengarah ke arah posisi jualan.  Secara keseluruhannya DXY di D1 masih lagi bergerak dalam Ascending Channel seperti dalam rajah. SBR terhampir di 95.95, 96.25, dan 96.85. Jika DXY terus turun ke paras lebih rendah mungkin cenderung singgah di RBS 94.95, 94.35, dan 93.90. Bagi penjual DXY, anda dinasihati mengawal risiko anda dengan baik kerana secara keseluruhan DXY masih lagi berada dalam Ascending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah. Namun sebarang kenaikan mungkin akan terhad dalam Channel tersebut.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: