USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 11/09-15/09/2017

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Ulasan Minggu Lalu DXY atau USD Indeks ditutup lemah secara keseluruhannya minggu lepas. Penutupan DXY ini adalah dibawah paras RBS jangka masa pan

Ulasan Minggu Lalu

DXY atau USD Indeks ditutup lemah secara keseluruhannya minggu lepas. Penutupan DXY ini adalah dibawah paras RBS jangka masa panjang 91.88. OHLC W1 dicatatkan adalah 92.62, 92.69, 91.28, 91.28. Jika dilihat secara kasar sepanjang tahun ini sehingga hari ini, DXY terus dijual secara Rally. Sepanjang minggu lalu tiada satu pun CS D1 yang dicatatkan adalah Bullish.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 11/09-15/09/2017

Banyak data yang melambangkan perkembangan inflasi semasa AS akan diterbitkan minggu depan. Jika data-data inflasi ini berjaya membawa sentimen positif, sentimen jualan Dolar AS semasa dapat diredakan sedikit. Data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS yang akan diterbitkan adalah PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Unemployment Claims, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Hampir keseluruhan data berkala berimpak tinggi berkisar tentang inflasi secara amnya bagi minggu hadapan.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Jika Korea Utara masih berdegil dan melancarkan 1 lagi roket ke arah Jepun atau negara lain, Dolar pastinya akan menerima tempias besar kerana pelabur akan mula melakukan belian aset Safe-Heaven dalam suasana panik.

 

Teknikal Ringkas 11/09-15/09/2017

Secara teknikal, bagi sesi Bullish Impulsive Wave bermula 01/05/2016 sehingga 01/01/2017, harga penutupan minggu lalu sudah ditutup dibawah paras 100% Fibonacchi Retracement dengan RBS terhampir adalah di 90.33 dan 88.64 manakala SBR terdekat pula di 91.88 dan 93.24. Secara amnya jika minggu hadapan USD Indeks terus ditutup di bawah paras 100% Fibonacchi Retracement, USD indeks berpeluang menuju paras 113% pula bagi melengkapkan Harmonic Pattern Alt Bat. Secara kasar USD Indeks juga sudah melengkapkan A leg, B leg (38.2% FR), dan C leg (14.0% FR) bagi pembentukan Harmonic Pattern Alt Bat yang mungkin tamat di D leg di 113% Fibonacchi Retracement  di TF Weekly. Paras 113% FR juga boleh dijadikan rujukan kerana kawasan harga ini adalah kawasan Rebound yang kuat kerana lengkapnya Harmonic Pattern Alt Bat.

 

Semakan lebih lanjut di TF D1, DXY masih lagi mematuhi Descending Channel seperti yang ditunjukkan dalam rajah

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: