USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 18/09-22/09/2017

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 18/09-22/09/2017

Ulasan Minggu Lalu DXY atau USD Indeks ditutup sedikit kukuh minggu lalu secara keseluruhannya. Namun Penutupan DXY ini adalah masih dibawah paras

Ulasan Minggu Lalu

DXY atau USD Indeks ditutup sedikit kukuh minggu lalu secara keseluruhannya. Namun Penutupan DXY ini adalah masih dibawah paras RBS jangka masa panjang 91.88. OHLC W1 dicatatkan adalah 91.44, 92.66, 91.40, 91.80. Jika dilihat secara kasar sepanjang tahun ini sehingga hari ini, dan minggu lepas telah melakukan sedikit pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi. Minggu lepas juga secara amnya data inflasi yang dicatatkan daripada AS adalah baik dan ini membantu DXY untuk melakukan pembetulan pasaran.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 18/09-22/09/2017

Cuma terdapat 2 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS akan diterbitkan iaitu Bulding Permits dan Unemployment Claims. Namun tumpuan sebenar bagi pelabur adalah hari penetapan kadar faedah daripada FOMC. Tidak dijangkakan akan ada perubahan kadar faedah semasa daripada FOMC. Tetapi apa yang dijangkakan menggerakkan kekuatan Dolar AS adalah sidang media pasca penetapan kadar faedah itu. Ini sangat getir kerana dalam sentimen jualan Dolar AS yang begitu hebat sekarang, nada ucapan Feds Chair Yellen akan sentiasa diperhatikan. Sentimen Yellen ini dijangka penentu kekuatan Dolar sehingga mesyuarat akan datang.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Jika Korea Utara masih berdegil dan melancarkan 1 lagi roket ke arah Jepun atau negara lain, Dolar pastinya akan menerima tempias besar kerana pelabur akan mula melakukan belian aset Safe-Heaven dalam suasana panik.

 

Teknikal Ringkas 18/09-22/09/2017

Secara teknikal, bagi sesi Bullish Impulsive Wave bermula 01/05/2016 sehingga 01/01/2017, harga penutupan minggu lalu masih lagi ditutup dibawah paras 100% Fibonacchi Retracement dengan RBS terhampir adalah di 90.33 dan 88.64 manakala SBR terdekat pula di 91.88 dan 93.24. Secara amnya jika minggu hadapan USD Indeks terus ditutup di bawah paras 100% Fibonacchi Retracement, USD indeks berpeluang menuju paras 113% pula bagi melengkapkan Harmonic Pattern Alt Bat. Secara kasar USD Indeks juga sudah melengkapkan A leg, B leg (38.2% FR), dan C leg (14.0% FR) bagi pembentukan Harmonic Pattern Alt Bat yang mungkin tamat di D leg di 113% Fibonacchi Retracement  di TF Weekly. Paras 113% FR juga boleh dijadikan rujukan kerana kawasan harga ini adalah kawasan Rebound yang kuat kerana lengkapnya Harmonic Pattern Alt Bat.

 

Mengikut analisa BBMA bagi DXY di D1, jelas masih menunjukkan DXY dalam kedudukan Downtrend.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 3
  • comment-avatar
    Azhar 4 years ago

    Adakah jika tiada roket yang dilancarkan oleh korea utara data As akan menguat atau pun masih ada sumber lain . Maaf bertanya sebab saya masih baru belajar .

  • DISQUS: