USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 28/05-01/06/2018

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 28/05-01/06/2018

Ulasan Minggu Lalu Minggu lepas, Dolar AS ditutup pada paras tertinggi bagi terbaru bagi 6 bulan. OHLC bagi minggu lepas dicatat sebagai 93.60, 94.

Ulasan Minggu Lalu

Minggu lepas, Dolar AS ditutup pada paras tertinggi bagi terbaru bagi 6 bulan. OHLC bagi minggu lepas dicatat sebagai 93.60, 94.19, 93.20, 94.14. Kenaikan berterusan ini adalah bagi tempoh 6 minggu berturut-turut.  Walaupun data berkala makroekonomi daripada AS secara keseluruhannya agak mengecewakan minggu lepas, Dolar AS terus mengukuh.

 

Sentimen Pasaran Ringkas Minggu Hadapan

Minggu depan merupakan minggu NFP daripada AS. Sebelum terbitnya data NFP, 3 data berimpak tinggi akan dikeluarkan iaitu CB Consumer Confidence, ADP NFP, dan Prelim GDp q/q. Sentimen data berkala bagi berimpak sederhana juga tidak kurang meriahnya dengan 4 yang akan diterbitkan. DXY sangat berpeluang mencatatkan harga baru tertinggi jika secara keseluruhannya bersentimen positif. Data NFP akan diterbitkan pada hari Jumaat jam 8.30 malam waktu Malaysia.

 

Risiko Pasaran

Setakat minggu lepas mood belian Dolar dilihat amat baik namun Risk-Off sempat masuk ke dalam pasaran dan membuatkan belian aset selamat dirangsang beberapa ketika tetapi tidak cukup kuat bagi menghalang belian Dolar yang berterusan. http://money.cnn.com/data/fear-and-greed/

 

Teknikal Ringkas

Indikator Stoachastics di W1 sudah menunjukkan DXY kini dalam posisi Overbought dengan SBR terhampir di 9456, 95.05, dan 95.55. Sebarang pembetulan pasaran ke paras lebih rendah mungkin cenderung singgah di RBS 93.83, 93.32, dan 92.75. Paras SBR 95.05 dilihat paras harga sangat kritikal kerana jika DXY terus menerus berada di atas paras ini, DXY terus boleh mengukuh tanpa menoleh kebelakang.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: