USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 03/04-07/04/2017

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 03/04-07/04/2017

USD Indeks ditutup kukuh minggu lepas dengan CS W1 telah Engulf CS dua minggu sebelum itu. OHLC W1 tercatat sebagai 99.125, 100.478, 98.643, 100.325.

USD Indeks ditutup kukuh minggu lepas dengan CS W1 telah Engulf CS dua minggu sebelum itu. OHLC W1 tercatat sebagai 99.125, 100.478, 98.643, 100.325. Pengukuhan ini dicatat setelah 3 minggu USD Indeks menyusut berterusan.

 

Bermula lemah Isnin minggu lalu, USD Indeks terus mengukuh bermula Selasa hinggalah Khamis. Pada hari Jumaat pula,  menyaksikan USD ditutup hanya sedikit lemah daripada harga pembukaan Jumaat. Walau pun kurang data berkala berimpak tinggi daripada AS  minggu lepas, minat belian Dolar ini hadir apabila pasaran mula reda daripada mode RIsk Off pada hari Selasa.

 

Minggu depan, merupakan minggu NFP daripada AS. Data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS akan dimulakan dengan ISM Manufacturing PMI pada hari Isnin. Ini diikuti dengan ADP Non-Farm Employment Changes dan ISM Non-Manufacturing Changes pada hari Rabu. Khamis pula akan diterbitkan Unemploments Claims. Dan set data NFP iaitu Average Hourly Earnings m/m, NFP, dan Unemployments Rate akan diterbitkan Jumaat dam 8.30 malam. Sebarang sentimen positif daripada data berkala ini akan membuatkan USD Indeks terus mendaki. Awal pagi Khamis, FOMC akan mengeluarkan Minit Mesyuaratnya yang terkini. Minit ini harus diperhalusi nadanya sama-ada Dovish atau Hawkish.

 

Secara teknikal, kenaikan USD Indeks sudah mencapai 50% Fibonachi Retracement bagi kejatuhan bermula 02/03/2017. Paras Resistant terdekat terletak ni 100.700 dan diikuti dengan 101.175. RBS terhampir adalah di 100.000. 100.000 ini merupakan harga Psikologi dengan jangkaan jika USD Indeks berada di bawah paras ini, USD Indeks lebih cenderung untuk bergerak ke bawah lagi. Harga Support seterusnya adalah di 99.500 dan 99.100.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: