USD/JPY Berundur, Namun Selesa Di Atas Zon ¥107.00

USD/JPY Berundur, Namun Selesa Di Atas Zon ¥107.00

Koronavirus terus mendesak para pembuat dasar global untuk mengumumkan tindakan-tindakan yang lebih agresif. Lonjakan kes jangkitan di AS melebihi

Koronavirus terus mendesak para pembuat dasar global untuk mengumumkan tindakan-tindakan yang lebih agresif.

Lonjakan kes jangkitan di AS melebihi 200,000 dilihat menjadi sebab utama Fed mengurangkan kecairan kepada bank-bank besar dan Presiden Trump juga mengulangi kenyataan bahawa AS bakal berhadapan ‘dua minggu yang sukar”.

Tokyo pula mencatat rekod peningkatan harian kes Covid-19 yang terbesar, sekali gus melanjutkan tempoh penutupan sekolah sehingga 6 Mei hadapan.

Menteri Kewangan Jepun Nishimura berkata, “Kerajaan akan mempertimbangkan bantuan untuk meningkatkan pengeluaran dan menerima ECMO (extracorporeal membrane oxygenation) sebagai sebahagian pakej ekonomi koronavirus”.

Suasana risk-off telah mendorong hasil bon 10-tahun AS jatuh daripada 0.6% kepada 0.57%.

Namun Yen Jepun tidak bergerak selari dengan katalis risiko yang ada, malah menggambarkan kekuatan greenback dengan USD/JPY naik 0.05% kepada 107.22

Perkembangan tajuk berkaitan Covid-19 akan terus mempengaruhi sentimen pelabur di samping menantikan kejutan data tuntutan insurans pengangguran AS yang dijangka akan melemahkan lagi keinginan risiko pasaran pada hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: