USD/JPY: ‘Correction’ Dilanjutkan, Peluang Untuk ‘Sell’ Pada Harga Lebih Tinggi?

USD/JPY: ‘Correction’ Dilanjutkan, Peluang Untuk ‘Sell’ Pada Harga Lebih Tinggi?

Pasangan matawang USD/JPY terus bergerak diantara julat 30 pips sekitar harga 111.00 dengan permintaan yen Jepun sedikit meningkat pada awal sesi daga

Pasangan matawang USD/JPY terus bergerak diantara julat 30 pips sekitar harga 111.00 dengan permintaan yen Jepun sedikit meningkat pada awal sesi dagangan hari Selasa.

USD/JPY telah jatuh ke paras 110.90 selepas terdapat laporan mengatakan bahawa Bank Pusat Jepun (BoJ) akan membeli sebahagian kecil bon, namun butiran menunjukkan bank pusat hanya meningkatan pembelian bon dengan tempoh matang 1-5 tahun bagi menstabilkan penurunan pembelian di masa hadapan.

Perkara ini telah menyebabkan USD/JPY kembali naik melebihi paras 111.00 dan kini didagang pada harga 111.32, naik 0.23% setakat jam 2.15 petang.

Walau bagaimanpaun, pelabur dilihat sedang menghindari risiko di dalam pasaran kewangan, didorong oleh perkembangan negatif Brexit serta potensi ketegangan hubungan perdagangan antara AS dan China semakin memuncak.

Sementara itu, ketidaktentuan politik AS serta tanpa perubahan hasil bon AS sempena cuti hari pekerja semalam turut menjatuhkan hampir keseluruhan pasaran saham Eropah.

Tambahan pula dengan perbezaan hasil bon 10 tahun AS-Jepun menunjukkan halangan untuk USD/JPY turun ke bawah lebih rendah.

Secara teknikal, resistance terhampir berada di paras 111.50 (R1). Jika ditembusi, pembetulan harga mampu membawa USD/JPY ke paras 111.85 (R2) dan 112.20 (R3)

Support pula berada di paras 110.70 (S1), 110.25 (S2) dan 109.80 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: