USD/JPY: Harga Psikologi 110.00 Terus Menjadi Sasaran

USD/JPY: Harga Psikologi 110.00 Terus Menjadi Sasaran

Yen ditinggalkan selepas Bank Pusat Jepun (BoJ) terus mengekalkan dasar kewangan mereka seperti yang dijangkakan. Keputusan undian untuk mengakalk

Yen ditinggalkan selepas Bank Pusat Jepun (BoJ) terus mengekalkan dasar kewangan mereka seperti yang dijangkakan.

Keputusan undian untuk mengakalkan sasaran lekukan hasil adalah tujuh berbalas dua, ditentang oleh Kataoka dan Harada.

Bank pusat juga menurunkan unjuran median CPI Teras pada tahun fiskal 2019/20 kepada 0.9%, daripada 1.4% yang diumumkan pada bulan Oktober lalu.

Penurunan outlook inflasi ini sekali gus mengukuhakan lagi jangkaan bahawa BoJ tidak akan memulakan normalisasi dasar mereka yang longgar di masa yang terdekat.

USD/JPY kembali bullish, naik 0.27% kepada 109.66 setakat jam 3.25 petang, dengan pasaran futures mensasarkan harga psikologi di garisan resistance 110.00

Secara teknikal, setup bullish akan terbatal jika harga jatuh di bawah 109.30 (S1), kemudian berpotensi untuk bergerak ke support di paras 108.90 (S2) dan 108.60 (S3)

Resistance terdekat pula berada di paras 109.70 (R1), kemudian di garisan psikologi 110.00 (R2) dan 110.30 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: