USD/JPY Jatuh 200 Pips, Bertukar ‘Bearish’ 2 Hari Berturut-Turut

USD/JPY Jatuh 200 Pips, Bertukar ‘Bearish’ 2 Hari Berturut-Turut

Selepas naik ke paras 109.85, USD/JPY dilihat telah menemui zon penawaran baru dan kini bertukar bearish untuk dua sesi dagangan berturut-turut pada h

Selepas naik ke paras 109.85, USD/JPY dilihat telah menemui zon penawaran baru dan kini bertukar bearish untuk dua sesi dagangan berturut-turut pada hari Jumaat.

Retracement yang berlaku di dalam hasil bon AS telah menekan sentimen dan membuatkan para pelabur lebih berhati-hati berhadapan dengan risiko pasaran. Risk-off mood sekali gus meningkatkan permintaan Yen dan USD sebagai matawang safe haven.

Namun kekuatan Yen juga berjaya mengatasi pengukuhan USD apabila pasangan matawang berjaya menembusi support yang penting dan kini bergerak menghampiri paras terendah hari Rabu.

Selain itu, para pelabur juga dilihat telah mengenepikan kelamahan data pertumbuhan KDNK Jepun Q1 yang dikeluarkan awal pagi tadi. Oleh itu, permintaan safe haven yang semakin pulih menjadi fakor utama menekan pasangan matawang JPY pada hari terakhir dagangan minggu ini.

Sehingga jam 4.00 petang, USD/JPY didagang sekitar harga 109.46, menghilangkan kesemua keutungan yang direkodkan sepanjang minggu ini.

Mesyuarat G7 di Kanada yang bakal berlangsung malam ini dijangka akan memberi kesan kepada pergerakan USD/JPY sama ada dapat menemui support yang baru atau meneruskan trend menurun sehingga penutupan pasaran hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: