USD/JPY Melonjak Hampir 200 Pips, Dipengaruhi Oleh Kekuatan Dolar & Pemulihan Sentimen Risiko

USD/JPY Melonjak Hampir 200 Pips, Dipengaruhi Oleh Kekuatan Dolar & Pemulihan Sentimen Risiko

Pasangan matawang USD/JPY pada hari Rabu yang lalu telah melakukan lonjakan intraday yang tinggi selepas naik sekitar 175 pips untuk kekal di atas ha

Pasangan matawang USD/JPY pada hari Rabu yang lalu telah melakukan lonjakan intraday yang tinggi selepas naik sekitar 175 pips untuk kekal di atas harga 110 buat pertama kali sejak Mei 2019.

Dengan berlatar belakangkan permintaan safe haven yang semakin melemah, peningkatan dolar AS serta ‘short-covering’ yang agresif dilihat menjadi punca utama yang mendorong lonjakan tersebut.

Bank pusat China PBoC menurunkan kadar faedah mereka pada hari Khamis sebagai langkah tambahan bagi menghadkan impak negatif penutupan sebahagian perniagaan dan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas China.

Setelah mengubah kaedah penelitian, China pada hari ini telah melaporkan penyusutan mendadak pada bilangan kes jangkitan yang baru.

Laporan tersebut dilihat telah memulihkan sentimen risiko global dan mengembalikan mood positif pada pasaran ekuiti, sekali gus menekan permintaan aset-aset safe haven seperti Yen Jepun.

Selain itu, permintaan dolar AS juga terus mengukuh apabila minit mesyuarat Fed menunjukkan ahli FOMC kekal optimis dengan dasar kewangan semasa yang telah diperkenalkan.

Sehingga jam 6 petang, USD/JPY terus mara, naik 60 pips atau 0.53% ke paras 111.95

Fokus pelabur kini beralih kepada data ekonomi AS berikutan dinamik pergerakan greenback akan terus mempengaruhi pasangan matawang ini disamping membuka peluang dagangan yang lebih jelas pada sesi AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: