USD/JPY: Momentum Bullish Semakin Terhad, Perkembangan Isu Kesihatan Trump Menjadi Tumpuan

USD/JPY: Momentum Bullish Semakin Terhad, Perkembangan Isu Kesihatan Trump Menjadi Tumpuan

Momentum menaik USD/JPY memudar selepas melonjak ke paras 105.8 semalam, meneruskan penurunan kecil pada sesi dagangan Asia hari Selasa dengan penyus

Momentum menaik USD/JPY memudar selepas melonjak ke paras 105.8 semalam, meneruskan penurunan kecil pada sesi dagangan Asia hari Selasa dengan penyusutan intraday 0.08%.

Optimis pasaran telah menekan permintaan safe haven Yen, namun tanpa sokongan susulan ke atas greenback (USD), peningkatan USD/JPY masih terhad.

Pendakian hasil bon AS yang lebih kukuh dilihat menjadi pemandu utama kepada peningkatan tersebut, dengan harapan kongres AS akan meluluskan pakej ransangan yang baru serta Trump dilaporkan sihat dan akan kembali bekerja selepas didiagnosis Covid-19 pada hari Jumaat lalu.

Trump menerusi ciapan Twitternya menyebutkan bahawa beliau telah menerima rawatan di Hospital Tentera Walter Reed dan dibenarkan keluar pada hari ini.

Selain isu kesihatan Trump dan perbahasan pakej ransangan AS yang terbaru, fokus juga tertumpu kepada perkembangan hubungan perdagangan AS dan Jepun.

Tanpa kalendar makro ekonomi Jepun, ulasan terbaru pengerusi Fed Jerome Powell dan ahli FOMC pada mingu ini juga akan terus diteliti dari semasa ke semasa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: