USD/JPY Naik Menguji Resistance Intraday, Peluang Pembelian Safe Haven Yen Masih Terbuka.

USD/JPY Naik Menguji Resistance Intraday, Peluang Pembelian Safe Haven Yen Masih Terbuka.

Yen telah mencecah paras terendah yang baru berbanding dollar sekitar 105.78 pada hari Isnin yang lalu, didorong risk-off sentimen yang meningkatkan

Yen telah mencecah paras terendah yang baru berbanding dollar sekitar 105.78 pada hari Isnin yang lalu, didorong risk-off sentimen yang meningkatkan aliran masuk safe haven.

Dollar pula terus melemah berikutan pengunduruan hasil bon AS dan Fed dijangka akan memperkenalkan pemotongan kadar faedah kali kedua seawal bulan September hadapan.

Sementara itu, kejatuhan pasaran saham belum menemukan titik noktah apabila tiga saham utama Wall Street susut lebih 2% dengan S&P 500 catat penurunan harian yang terbesar tahun 2019 pada hari Isnin yang lalu.

Namun begitu pada sesi dagangan Tokyo hari Selasa, USD/JPY mulai stabil, kembali mendaki dan menguji paras 106.

Sehingga jam 10 pagi, pembetulan sehingga paras 106.35 dilihat mula menarik para pembeli yang masih kekal dalam posisi negatif bagi USD/JPY

USD/JPY masih di bawah paras oversold dan berhadapan risiko untuk terus menurun ke paras yang lebih rendah jika harga kekal di bawah 106.70

Secara teknikal, support terhampir berada sekitar paras 105.75 (S1), 105.40 (S2) dan 105.10 (S3) manakala resistance terdekat berada di paras 106.35 (R1), 106.70 (R2) dan 107.00 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: