USD/JPY mengakhiri pasaran lalu dengan penutupan sekitar paras 107.00, susut -0.10%. Gabenor Bank Pusat Jepun (BOJ), Haruhiko Kuroda berkata bank p
USD/JPY mengakhiri pasaran lalu dengan penutupan sekitar paras 107.00, susut -0.10%.
Gabenor Bank Pusat Jepun (BOJ), Haruhiko Kuroda berkata bank pusat masih jauh daripada pengetatan dasar melalui pengurangan pembelian bon kewangan sehinggalah ekonomi Jepun mencapai sasaran inflasi 2%.
Namun begitu, pasaran tetap bertindak membeli lebih banyak Yen tanpa mengendahkan amaran Kuroda yang menjelaskan bahawa pengukuhan Yen boleh melemahkan potensi pertumbuhan Jepun.
Pembelian Yen telah menyebabkan ‘risk aversion‘ berlaku sehingga menekan USD di awal sesi dagangan hari Isnin yang lalu. Walau bagaimanapun, pasangan matawang ini pulih di sesi London dan New York menjadikan paras 107.00 garisan support yang signifikan pada hari ini.
Fokus pelabur Yen kini beralih kepada laporan Jualan Runcit Jepun yang akan dikeluarkan pada jam 7.50 pagi esok, sehari selepas Jerome Powell memberi keterangan pertama sebagai Pengerusi Fed pada sesi New York, 9.30 malam nanti.
Pasaran dilihat telah keluar daripada risiko sell-off Yen, namun keterangan Powell pada malam ini dijangka akan memberi perubahan yang besar kepada sentimen dollar. USD/JPY kini didagang sekitar 107.07, naik 0.13%
COMMENTS