USD/JPY Susut 6 Hari Berturut-turut, Terus Mencatat Harga Terendah Tahunan Yang Baru

USD/JPY Susut 6 Hari Berturut-turut, Terus Mencatat Harga Terendah Tahunan Yang Baru

Pasangan matawang USD/JPY memulakan dagangan tahun baru dalam keadaan yang lemah, dengan pembeli-pembeli Yen terus menguasi pasaran berikutan risk-off

Pasangan matawang USD/JPY memulakan dagangan tahun baru dalam keadaan yang lemah, dengan pembeli-pembeli Yen terus menguasi pasaran berikutan risk-off masih menyelebungi sentimen pasaran.

Menuju hari kedua dagangan bagi tahun 2019, beberapa risiko seperti kelembapan ekonomi global, penutupan sebahagian kerajaan AS, perang perdagangan AS-China dan penyusutan ekuiti global terus menjadi kebimbangan para pelabur yang telah muncul sejak akhir tahun yang lalu.

Di sebabkan kebimbangan ini, aset berisiko seperti ekuiti Asia, minyak dan hasil bon terus dijual sementara instrument safe have seperti Yen menerima dorongan pembelian yang baru.

Kejatuhan 1% hasil bon 10-tahun AS pada hari Isnin lalu turut memberi tekanan kepada USD/JPY dan menyukarkan pemulihan greenback.

USD/JPY kini didagang sekitar 109.19, susut -0.50% setakat jam 2.28 petang, jatuh enam hari berturut-turut dan mencatat harga terendah tahunan yang baru.

Dinamik pergerakan dollar dan trends risiko dilihat terus menjadi pemandu utama kepada pasangan matawang utama minggu ini dan menjelang bacaan akhir PMI bulan Disember bagi sektor pembuatan pada jam 10.45 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: