USD Kehilangan Momentum Akibat Dovish Minit FOMC & Isu Perdagangan

USD Kehilangan Momentum Akibat Dovish Minit FOMC & Isu Perdagangan

Laporan minit FOMC menunjukkan pegawai Fed kekal dengan pendirian bahawa kadar faedah akan dinaikkan tidak lama lagi. Namun mereka turut menjelaska

Laporan minit FOMC menunjukkan pegawai Fed kekal dengan pendirian bahawa kadar faedah akan dinaikkan tidak lama lagi.

Namun mereka turut menjelaskan bahawa bank pusat akan membiarkan inflasi bergerak melebihi sasaran 2% untuk sementara waktu. Kenyataan ini menunjukkan Fed belum bersedia untuk memperkenalkan pengetatan dasar yang lebih agresif.

Di samping minit mesyuarat FOMC yang dovish, kebimbangan terhadap isu perdagangan ini turut mehilangkan momentum bullish dollar untuk dua sesi berturut-turut pada hari Khamis.

Pihak pentadbiran Trump pula sedang merancang untuk mengenakan 25% duti import ke atas kenderaan dan hal ini membangkitkan semula isu perang perdagangan yang dilihat semakin reda sejak beberapa hari yang lalu.

Selain itu, Kementerian Perdagangan China juga mengatakan bahawa mereka tidak akan mengurangkan lebihan yang diperoleh melalui hasil dagangan bersama Amerika Syarikat. Kenyataan ini sekali gus menimbulkan persoalan terhadap penyelesaian rundingan perdagangan dua hala yang sedang dijalankan antara AS-China.

Sehingga jam 6.15 petang, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.21% kepada 93.71, berundur lebih jauh daripada paras tertinggi 5-bulan lalu yang direkodkan pada hari Rabu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: