USD Kekal ‘Sideway’ Dengan Kejatuhan Indeks PPI AS

USD Kekal ‘Sideway’ Dengan Kejatuhan Indeks PPI AS

Berdasarkan laporan indeks harga pengeluar (PPI) AS pada bulan April, bacaan meningkat 0.1% pada bulan lepas, lebih rendah berbanding jangkaan yang me

Berdasarkan laporan indeks harga pengeluar (PPI) AS pada bulan April, bacaan meningkat 0.1% pada bulan lepas, lebih rendah berbanding jangkaan yang melihat peningkatan 0.2%

Melalui unjuran tahun ke tahun (YoY) sehingga April, PPI meningkat sekitar 2.6%. PPI Teras pula kekal dengan kenaikan 0.2% pada bulan lalu, dan meningkat 2.3% YoY

PPI Teras adalah data yang mengukur tekanan harga pengeluar tidak termasuk harga makanan dan tenaga.

Data-data ini menjadi antara indikator inflasi utama bagi Fed berikutan apabila pengeluar terpaksa membayar lebih untuk sesuatu barangan, harga yang dijual kepada pengguna mungkin akan turut meningkat.

Kadar tekanan inflasi yang bergerak perlahan dijangka memberi kesan langsung kepada jangkaan harga pengguna (CPI) yang akan dikeluarkan pada malam esok. Bacaan ini walau bagaimanapun tidak memberi kesan besar kepada perubahan jangkaan rate hike yang akan diumumkan pada bulan Jun hadapan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini terus bergerak sideway sekitar paras tertinggi bulanan 92.92 mata, merekodkan lonjakan 3.76% atau 342 mata asas sejak tiga minggu yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: